Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM
Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan Bantuan Bakul Makanan sebanyak RM100, namun masih lagi ada dikalangan kita yang memerlukan bantuan ini dengan kadar yang segera.
Apa kita kita kongsikan bersama-sama senarai food bank atau bantuan makanan yang disediakan untuk mereka diluar sana yang sangat memerlukan stok makanan untuk kelangsungan hidup pada masa kini.
APA ITU FOOD BANK?
Isi Kandungan
Pada asalnya, program ini adalah:
- Satu usaha untuk mengumpulkan lebihan makanan dan kemudian diagihkan kepada penerima yang dikumpulkan dari pasar raya besar, pasar raya, dapur-dapur hotel, restoran, kilang-kilang yang menghasilkan barang makanan.
- Setiap hari ada saja lebihan makanan yang tidak terjual seperti sayur, buah, kek atau roti.
- Kilang-kilang pengeluar makanan biskut contohnya, ada antaranya yang tidak ikut spesifikasi untuk dijual seperti biskut itu pecah dan sebagainya tetapi masih lagi boleh dimakan dan mereka asingkan sebagai lebihan makanan.
Namun berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, semua lapisan masyarakat yang ketiadaan stok makanan boleh mendapatkan bantuan makanan dimana-mana sahaja food bank yang tersedia dikawasan berhampiran.
5 SENARAI TEMPAT FOOD BANK
Terdapatย 5 senarai food bank yang anda boleh dapatkan bantuan makanan sekiranya kehabisan stok makanan iaitu:
1. YAYASAN FOOD BANK
- Jika korang student UA, Food Bank menyediakan keperluan makanan buat korang melalui program Food Bank Siswa.
- Ini merupakan inisiatif dilakukan oleh Yayasan Food Bank Malaysia
- Cara pemberiannya ialah dengan menyediakan Food Pantry (bilik simpanan makanan kering) dalam universiti atau Central Kitchen (mengedarkan makanan yang di masak kepada pelajar).
-
Senarai universiti yang sudah ada foodbank dan maklumat lanjut boleh dapatkan di sini: https://www.foodbankmalaysia.org/my/our-programs/
2. GEROBOK KASIH PETRONAS
- Konsep yang hampir sama dengan foodbank, gerobok kasih menyediakan makanan kering dalam satu tempat simpanan makanan.
- Anda boleh dapatkan bekalan makanan kering ini di petronas-petronas tertentu ( sebab belum semua ada) .
- Kalau di Johor setakat yang ada di kemaskini di media sosial ialah Petronas Desaru, Kempas Lama, Puteri Wangsa dan Taman Austin Perdana.
- Boleh cuba juga tengok di petronas-petronas lain berhampiran dengan rumah anda ok? Mana tahu ada juga gerobok kasih ni.
3. PANTRI KOMUNITI AYAM BRAND
- Merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Syarikat Ayam Brand Malaysia dengan menyediakan pantri makanan kering buat seluruh rakyat Malaysia.
- Pantri ini terletak di seluruh Malaysia namun setiap satu negeri diletakkan satu lokasi pantri.
- Untuk melihat senarai lokasinya dan maklumat lanjut boleh rujuk link ini: https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia/
- Lokasi-lokasi:
๐KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
๐ PENANG: 118A, Jalan Scotland, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
๐ PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
๐ TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
๐ KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
๐ PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
๐ KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
๐ PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
๐ NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban
๐ JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
๐ SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
๐ SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
๐ SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
4. ZERO HUNGER PROGRAM
- Inisiatif yang ditaja oleh Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) dan Malakat Mall.
- Bantuan makanan atau lain-lain keperluan ini akan diberikan terus kepada yang layak selepas disaring.
- Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat di link berikut: https://brainybunch.com/zero-hunger-project-charity/?
5. PROJEK GEROBOK REZEKI
- Jika tadi 4 yang terawal dibangunkan oleh syarikat atau yayasan, projek gerobok rezeki pula dibangunkan oleh komuniti masyarakat setempat untuk mereka yang memerlukan.
- Lokasi ini bertaburan di seluruh Malaysia. Rujuk lokasi seperti berikut:
i. Kelantan: SMK Kota (Kota Bahru)
ii. Selangor: Surau Al-Ansor (Seksyen 2, Shah Alam), SMK Telok Gadong (Klang), PPR Seri Alam, PPR Cheras, SMK Taman Selayang (Gombak), Masjid Ara Damansara.
iii. Pulau Pinang: Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,
iv. Johor: SMK Tun Habab (Kota Tinggi), Masjid An-Nur Taman Cendana (Pasir Gudang)
v. Perak: SMK Kampong Pasir Puteh (Ipoh)
vi. Putrajaya: Kedai MAIWP ( Presint 5 ) dan 204 pusat agihan
vii. Kuala Lumpur:PPR Kuala Lumpur, SK Datuk Keramat
viii. Negeri Sembilan: Masjid Qariah Ibnu Khaldun Lavender Height (Seremban)
ix. Melaka: Masjid An-Najwan Kampung Cheng
x. Sarawak: Masjid Darul Husni Warrahmah (Taman Hussein/Rahmat, Kuching), Masjid Darul Furqan (Taman Malihah, Kuching)
xi. Pahang: Masjid Al Hidayah Permatang Badak (Kuantan)
xii. Terengganu: Uitm Kampus Dungun
xiii. Kedah: Masjid Sultan Badlishah (Sintok) , SK Tandop Besar (Kuala Nerang).
Jom kita kongsikan maklumat ini dan pastikan semua masyarakat kita tidak tidur dalam kelaparan!
Semoga pandemik Covid-19 ini cepat berakhir dan semua masyarakat dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.