5 Tips Ringkas Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Rasa berdebar-debar kerana tidak lama lagi akan diumumkan siapakah yang layak menjadi calon untuk ditemuduga bagi jawatan Guru DG41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Buang rasa gemuruh anda dan dapatkan 5 tips ringkas untuk temuduga SPP seperti yang dikongsikan oleh Dr Zarima (Pensyarah FBK UPSI).

Apakah 5 tips ringkas untuk temuduga SPP yang boleh diamalkan oleh calon temuduga guru one-off nanti?

INFO PENGAMBILAN KHAS GURU ONE-OFF 2021

Berikut adalah sedikit info mengenai pengambilan khas guru one-off bagi tahun 2021.

  • Jumlah keseluruhan kekosongan jawatan Guru DG41 adalah sebanyak: 18,702

Terdapat 4 jumlah kekosongan guru tertinggi di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Selangor
  • Johor
  • Sarawak
  • Sabah

18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini

5 TIPS RINGKAS TEMUDUGA SPP

Antara 5 tips ringkas temuduga untuk calon guru one-off ialah:

PENAMPILAN

  • Calon mesti mengenakan pakaian yang sesuai untuk menghadiri temuduga
  • Mesti dalam keadaan kemas

PENGETAHUAN AM

  • Calon mesti memilki pengetahuan asas tentang negara, pendidikan negara dan isu semasa.
  • Mesti cakna dengan isu semasa (isu negara, isu pendidikan, isu sukan)

PERSEDIAAN TEMUDUGA – PENGETAHUAN KONSEP PENDIDIKAN

  • Menghadam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menghadam Dasar Pendidikan Negara
  • Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • Menguasai Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
  • Mengetahui teknik penulisan RPH
  • Mengetahui teori pembelajaran (Taxonomy Bloom dan lain-lain)
  • Menguasai pengetahuan tentang pedagogi, heutagogi, peeragogi, cybergogi.
  • Mengetahui apa itu PAK-21
  • Mengetahui KBSM, KSSM, KBD, KBT

SOALAN UMUM

  • Nyatakan nilai guru yang baik (Pedagogical, Content, Knowledge)
  • Sebab memilih profesion perguruan
  • Perancangan 10 tahun akan datang
  • Cadangan tentang sesuatu perkara (Contoh, memartabatkan Bahasa Arab)
  • Komen tentang sesuatu isu (Contoh, Isu adik Ain, isu denda)
  • Kemahiran diri yang boleh disumbangkan kepada sekolah
  • Refleksi
  • Pengalaman kerja

PERSEDIAAN DIRI

  • Keyakinan diri – mesti jawab setiap soalan panel penemuduga dengan penuh yakin
  • Hubungan mata (Eye contact) Ketika menjawab soalan adalah sangat penting
  • Setiap jawapan yang diberikan MESTI ada CONTOH dan JUSTIFIKASI
    (Contoh soalan: Apakah langkah untuk memartabatkan Bahasa Arab?
    Jawapan: Mengadakan program bulan Bahasa Arab dengan mewajibkan setiap pelajar menyertai salah satu pertandingan /aktiviti yang diadakan :- Quiz Bahasa Arab, Kalimatussobah, Kalam Jamaie, Dikir Arab – Justifikasi, dengan langkah itu, pelajar akan berusaha menambah pengetahuan Bahasa Arab dan mempuk minat dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Arab).

May be an image of text

NOTA UNTUK TEMUDUGA GURU

Anda juga boleh mendapatkan beberapa nota untuk temuduga guru one-off pada pautan berikut:

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.