Memang betul kalau diperhatikan, pelbagai template yang digunakan untuk penyediaan resume pada masa kini.
Tak pelu susah dan pening untuk siapkan resume. Guna sahaja template yang sedia ada dan masukkan maklumat yang diperlukan.
Tetapi anda jangan tersilap kerana resume yang cantik dan penuh dengan infografik boleh menjamin anda dipanggil untuk temuduga oleh HR atau bakal majikan. Jadi, apa pilihan anda?
TEMPLATE RESUME
Isi Kandungan
Terdapat pelbagai jenis template resume yang digunakan oleh pencari kerja diluar sana.
Kebanyakan pencari kerja terutamanya lepasan graduan sangat suka menggunakan template resume jenis moden kerana sangat simple dan mudah dibaca.
Tetapi ia hanya sesuai digunakan sekiranya anda mencetak resume tersebut atau pihak HR tidan menggunakan sistem ATS.
Mengapa?
Sebentar lagi anda akan mendapat jawapan kenapa template resume jenis moden tidak begitu digalakkan untuk digunakan sekiranya permohonan kerja adalah secara online.
Jadi, sangat digalakkan kepada semua pencari kerja diluar sana untuk menyediakan resume dalam bentuk template moden dan klasik.
Rujuk: Resume Modern VS Resume Classic, Mana Yang Lebih Baik?
5 TIPS SEDIAKAN RESUME ATS FRIENDLY
Macam mana ya nak sediakan resume yang ATS friendly?
Anda boleh gunakan 5 tips yang disediakan ini untuk menyediakan resume yang mesra ATS seterusnya mendapat score yang tinggi.
5 tips tersebut ialah:
1. Format Fail
- Setiap perisian yang ada pada ATS adalah berbeza. Jadi, baca dahulu apakah jenis fail yang perlu anda sediakan.
- Bagaimana pula jika tidak dinyatakan jenis fail secara spesifik? Anda digalakkan untuk menggunakan dokumen seperti Ms Word (.doc atau .docx) selain daripada PDF.
- Tidak digalakkan menggunakan fail plain-text (.txt) walaupun ianya mesra ATS kerana format resume sangat terhad.
2. Header & Footer
- Jangan sesekali meletakkan maklumat penting serta kata kunci di header dan footer resume anda kerana sistem ATS tidak dapat mengimbas maklumat yang anda letakkan.
3. Optimum Kata Kunci
- Walaupun terdapat banyak skill yang anda ingin tonjolkan dalam resume, anda dinasihatkan untuk optimumkan kata kunci dalam resume.
- Jadi, optimumkan kata kunci yang menunjukkan soft skill dan hard skill serta kepakaran yang diperlukan oleh majikan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
- Buat sedikit kajian mengenai pengalaman, kemahiran, kelebihan dan kelayakan yang diperlukan oleh majikan dan masukkan kata kunci yang berkaitan.
- Huraikan secara ringkas pengalaman dan kemahiran dengan jelas agar ATS boleh membuat imbasan.
4. Elak Imej, Ikon, Carta & Grafik
- ATS tidak dapat mengesan atau mengimbas imej, ikon, carta dan grafik. Oleh itu elakkan daripada menggunakan imej, ikon, carta dan grafik dalam resume anda.
- Namun, anda boleh sahaja menggunakan nombor, huruf (a, b, c), huruf roman (i, ii, iii) dan simbol biasa (bullet points) pada resume.
5. Reka Bentuk Resume
- Kalau kreatif sangat sekalipun, tak perlu anda sediakan resume dalam bentuk yang terlalu kompleks penuh warna warni serta penuh dengan imej dan ikon.
- Bukan sahaja ATS tidak boleh buat imbasan resume anda, tetapi HR atai bakal majikan pun rasa hilang tumpuan nak baca. Ingat, muka depan resume sangat penting!
Sekarang ini, anda nak resume cantik atau ATS friendly?
Anda pun boleh buat semakan sama ada resume anda ATS friendly atau tidak dipautan ini. Free je!
Lepas check, tengok score yang dipaparkan (lihat contoh dibawah).
Buat penambahbaikan dan update resume kalau nak dapat kerja tau!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.