7 Program Menjana & Mengekalkan Pekerjaan Bajet 2021 Yang Anda Perlu Tahu

Terdapat 7 program utama yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 untuk menjana dan mengekalkan pekerjaan rakyat Malaysia agar tiada lagi yang hilang pekerjaan sekaligus tiada pendapatan ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Program ini terletak di dalam Strategi 3 iaitu Kesejahteraan Rakyat dan ianya memberi manfaat buat pekerja serta majikan secara keseluruhannya.

Baca juga: Program PenjanaKerjaya Ditambahbaik Dengan Pelbagai Manfaat Dan Peluang Pekerjaan. Semak Disini

Jom kita lihat senarai 7 program yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Belanjawan 2021 seperti di bawah.

SENARAI 7 PROGRAM MENJANA DAN MENGEKALKAN PEKERJAAN

Antara program yang terdapat dalam bahagian menjana dan mengekalkan pekerjaan ialah:

1. JanaKerja

Melalui program JanaKerja ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.7 bilion dan mewujudkan sebanyak 500,000 peluang pekerjaan buat pencari kerja.

2. PenjanaKerjaya

Bagi program ini pula, ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion dan merupakan kerjasama dengan pihak PERKESO yang membantu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 250,000 pencari kerja.

3. Reskilling & Upskilling

Program ini merupakan satu program yang membantu pencari kerja serta mereka yang kehilangan pekerjaan dengan:

  • Meningkatkan kemahiran
  • Menyediakan latihan semula untuk 200,000 pelatih.

Untuk program ini sahaja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion untuk membantu pencari kerja mempunyai kemahiran yang diperlukan majikan masa kini.

4. MYSTEP

Melalui program MYSTEP pula, terdapat sebanyak 50,000 peluang pekerjaan di sektor awam dan GLC ditawarkan bermula Januari 2021 dan sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk program ini.

5. Perlindungan Sosial

Bagi menjamin keselamatan pekerja serta menjaga kebajikan pekerja sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin, kerajaan turut menyediakan program perlindungan sosial dengan caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO.

6. Majlis Pekerjaan Negara

Pihak kerajaan sangat prihatin dengan masalah rakyat terutamanya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan, dibuang kerja dan menganggur dalam tempoh yang terlalu lama. Jadi, kerajaan mengambil satu inisiatif dengan mewujudkan Majlis Pekerjaan Negara. Majlis Pekerjaan Negara ini diwujudkan untuk menyelaras pelbagai inisiatif merentas Kementerian dan agensi dalam:

  • Mencipta peluang pekerjaan
  • Peningkatan kemahiran
  • Latihan pekerja

7. Insentif Pengambilan Pekerja

Antara insentif pengambilan pekerja yang disediakan adalah:

  • Pelepasan cukai sehingga RM1,000 setahun untuk yuran pengajian kini termasuk kursus peningkatan kemahiran dari badan bertauliah.
  • KPT-PACE: Baucar RM3,000 untuk graduan mengambil kursus sijil professional sebanyak RM150 juta.
  • Program latihan dan penempatan semula kakitangan syarikat penerbangan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.
  • Insentif perantisan bagi sektor swasta kepada 50,000 graduan dan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk insentif ini sahaja.

7 Program Menjana & Mengekalkan Pekerjaan Bajet 2021 Yang Anda Perlu Tahu

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.