Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Golongan OKU Tidak Dilupa. Inilah Inisiatif Untuk Memperkasa Golongan OKU Yang Anda Perlu Tahu

2,504

Melalui Bajet 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, golongan OKU juga mendapat manfaat dan kadar bantuan kebajikan bulanan bagi golongan ini juga dinaikkan dengan melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM700 juta kepada 2.2 bilion. Pastinya kenaikan dan insentif yang diberikan ini memberi manfaat lebih 400,000 penerima.

Sebelum ini pihak Jabatan Kebajkan Masyarakat pernah mengusulkan agar kadar kenaikan bantuan kepada golongan ini dinaikkan dengan jumlah yang munasabah terutamanya bagi golongan masyarakat miskin bandar serta sejajar dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Terdapat 8 inisiatif yang diberikan oleh kerajaan untuk memperkasakan golongan OKU dan lihat senarainya seperti di bawah.

8 INISIATIF MEMPERKASA GOLONGAN OKU

Antara inisiatif yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan OKU ialah:

1. BANTUAN BULANAN OKU TIDAK BERUPAYA BEKERJA

Bantuan bulanan OKU tidak berupaya bekerja akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. Kenaikan ini sangat disambut baik oleh golongan ini kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk kelangsungan hidup masing-masing.

2. KADAR ELAUN PEKERJA OKU

Sebelum ini kadar elaun pekerja OKU adalah sebanyak RM400. Memandangkan pekerja OKU juga bekerja sama seperti orang lain, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun menjadi RM450. Diharap kenaikan ini menjadikan pekerja OKU lebih bersemangat untuk terus bekerja.

3. PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH

Kadar elaun untuk sukarelawan Program Khidmat Bantu Di Rumah juga ditingkatkan sehingga maksimum sebanyak RM400 dan RM80 untuk klien.

4. RM5: PERJALANAN BULANAN TANPA HAD

Pas perjalanan ini ditambahbaik dimana sebelum ini pas RM5 adalah untuk sehari dan ditukar kepada RM5 untuk sebulan. Pas ini boleh digunakan untuk perkhidmatan tren seperti:

  • Komuter Lembah Klang
  • Komuter utara
  • Tren antara bandar Kuala Lipis-Tumpat
  • Tren Sabah Jajaran Beaufort-Tenom

5. MEMPERKASA PENDIDIKAN KHAS

Malahan inisiatif juga diberikan kepada bahagian Pendidikan Khas dengan peruntukan sebanyak RM45 juta untuk penambahbaikan pada bahagian ini. Jadi, golongan OKU juga bakal menerima manfaat dalam bidang pendidikan seperti mana orang lain.

6. BANTUAN PENJAGAAN OKU

Selain itu, kadar elaun untuk bantuan penjagaan OKU juga dinaikkan sebanyak RM150 berbanding kadar yang terdahulu dari RM350 kepada RM500. Kadar kenaikan ini sangat membantu golongan ini seperti mana yang diharapkan kerana kos sara hidup juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.

7. PELEPASAN CUKAI PASANGAN OKU

Sekiranya terdapat pasangan daripada golongan OKU, anda bakal menerima pelepasan cukai sehingga RM5,000 berbanding sebelum ini iaitu sebanyak RM3,500 sahaja.

8. INISIATIF PENGAMBILAN PEKERJA OKU DI BAWAH PENJANAKERJAYA

Jika terdapat majikan yang mengambil pekerja OKU di bawah program PenjanaKerjaya, sebanyak 60% insentif diberikan kepada majikan daripada gaji bulanan dan sehingga maksimum RM4,000.

Golongan OKU Tidak Dilupa. Inilah Inisiatif Untuk Memperkasa Golongan OKU Yang Anda Perlu Tahu

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...