Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Tips Persediaan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

2,233

Sekiranya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah menghantar email panggilan temuduga kepada anda, tahniah diucapkan dan bersedialah untuk proses yang seterusnya.

Seperti anda tahu, terdapat 10 jenis jawatan yang ditawarkan untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi tahun ini.

Dapatkan 7 tips untuk menghadapi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang bakal anda hadapi tidak lama lagi.

SENARAI JAWATAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Terkini, SPA telah menyenaraikan sebanyak 10 jenis jawatan untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma iaitu:

  1. Latihan Jururawat
  2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Latihan Juru X-Ray
  5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Juruteknologi Pergigian
  10. Latihan Juruterapi Pergigian

Untuk permohonan dan sebagainya, rujuk disini sahaja:

7 TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

Seterusnya buat persediaan untuk temuduga dan anda boleh rujuk 7 tips persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma iaitu:

1. Buat Lawatan Ke Klinik/Hospital

  • Luangkan sedikit masa anda dengan membuat lawatan ke Klinik Kesihatan atau Hospital untuk mendapatkan gambaran sebenar staf disana melakukan tugasan mereka.
  • Jika berpeluang, anda boleh bertanyakan mengenai bidang tugas yang dilakukan oleh mereka.
  • Seterusnya semasa temuduga, nyatakan kepada panel temuduga bahawa anda membuat lawatan ke Klinik atau Hospital sebagai persediaan. Ceritakan anda membuat pemerhatian bagaimana mereka membuat kerja kerana terlalu minat dengan jawatan tersebut. Nyatakan bahawa tugas-tugas yang dilakukan adalah seperti____________________. Ini adalah WOW FACTOR mengapa panel perlu ambil anda untuk bekerja dengan mereka.
  • Kenalpasti warna pakaian seragam staf di hospital dan kenali warna line pada cap atas kepala jururawat kerana ia mempunyai maksud dan gred tertentu.
  • Akhir sekali berikan cadangan atau penambahbaikan sekiranya ada berdasarkan lawatan anda.

2. Aktifkan Diri

  • Aktifkan diri anda dengan melibatkan diri anda dalam persatuan, kelab, sukan dan sebagainya.
  • Jika berminat dengan pekerjaan dalam bidang kesihatan, anda digalakkan untuk berpersatuan dalam bidang yang berkaitan. Contohnya Bulan Sabit Merah, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam dan sebagainya.
  • Anda juga boleh libatkan diri dalam aktiviti komuniti dan NGO yang lain seperti gotong royong untuk Program Hapuskan Denggi dan sebagainya.

3. Keep Fit & Stay Healthy

  • Sentiasa sihat dan fit selalu dengan kegiatan sukan, persatuan dan komuniti.
  • Anda akan bekerja dengan orang awam dan sudah semestinya anda akan berurusan dengan ramai orang bukan di Klinik/Hospital sahaja, malah di luar tempat bekerja juga.
  • Penampakan fizikal anda sangat penting untuk first impression daripada panel penilai ketika temuduga anda nanti.

4. Baca & Kaji Isu Semasa

  • Isu semasa menjadi perhatian para panel penemuduga.
  • Anda perlu fokuskan kepada isu semasa yang terkini seperti isu Covid-19, isu dan masalah kesihatan yang berlaku, cara penyelesaian, bila berlaku dan info yang terkini.
  • Selain daripada itu, anda juga perlu tahu mengenai penyakit-penyakit yang ada serta cara untuk mengatasinya.
  • Terus terang kepada panel bahawa anda ingin fokus kepada bidang yang ditawarkan kepada anda agar panel bertanyakan soalan isu semasa yang berkaitan sahaja.

5. Kaji Struktur Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Buat kajian mengenai Struktur Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mendapatkan maklumat terkini mengenai Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah dan Ketua Jabatan.
  • Ini kerana panel dapat mengetahui bahawa anda mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.

6. Cari Mentor

  • Anda digalakkan untuk mendapatkan mentor yang bersesuaian untuk jawatan yang dipohon. Mentor ini boleh membimbing anda sebelum temuduga dan boleh menjadi rakan sekerja ketika bekerja nanti.
  • Anda boleh bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon seterusnya membuat kajian mengenai jawatan tersebut.
  • Jadi, ceritakan kepada panel bahawa anda membuat kajian melalui mentor agar lebih faham dengan tugasan yang bakal anda dapatkan nanti.

7. Buat Simulasi

  • Akhir sekali buat simulasi atau latihan temuduga anda lebih yakin dan bersedia.
  • Cari rakan dan buat latihan seolah-olah anda sedang melalui temuduga yang sebenar.
  • Rakam latihan anda dan lihat semula. Jika temuduga secara online, buat persiapan menggunakan laptop, mikrofon dan internet. Rakam, lihat semula dan buat penambahbaikan sekiranya perlu.

Usaha anda sangat penting. Jangan lupa berdoa dan buat yang terbaik semasa temuduga anda nanti.

Semoga berjaya!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...