Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

Mungkin ada antara anda yang buntu untuk menyiapkan makanan untuk bersahur. Maklumlah, hari pertama bersahur dan menyambut Ramadan.

Anda boleh dapatkan beberapa resepi yang simple untuk dijadikan makanan untuk bersahur seperti yang dikongsikan disini. Ingat, walaupun hidangan ini sangat simple, namun ianya sangat mengenyangkan sepanjanga hari tau!

Nak tahu apa resepinya? Tengok sini ye!

Baca juga: Bacaan Niat Dan Lafaz Niat Puasa Harian Dan Sebulan Di Bulan Ramadhan

RESEPI SIMPLE SAHUR & MENGENYANGKAN

Selalunya kaum ibu serta pelajar pastinya ingin menyediakan makanan untuk bersahur yang paling simple tetapi mengenyangkan untuk sepanjang hari. Jadi, inilah resepi simple sahur dan mengenyangkan untuk anda.

1. DAGING GORENG KAILAN

Bahan-bahan untuk resepi daging goreng kailan adalah seperti berikut:

Bahan-bahan perapan daging

  • 300gm daging dihiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan sos

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan tumis

  • 3 pokok anak kailan dipotong sederhana kecil, dicelur dan angkat
  • 2 sudu makan minyak
  •  1 biji cili merah dihiris serong
  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa

Cara memasak

  • Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  • Sambil itu sediakan sos. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, kaca rata dan ketepikan.
  • Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  • Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak.
  • Masukkan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
  • Gaul rata sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  • Seterusnya masukkan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi dan kacau seketika.
  • Masukkan sos yang telah disediakan tadi iaitu sos tiram, garam, dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

2. TELUR MASAK KICAP

Bahan-bahan untuk resepi simple sahur yang mengenyangkan yang kedua pula ialah:

Bahan-bahan 

  • 4 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 hiris nipis halia
  • 1/2 biji bawang besar
  • Sedikit lada hitam
  • 2 sudu cili blender
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit sos cili (sedikit sahaja)
  • Kicap manis
  • Cili padi di ketuk (ikut tahap kepedasan yang anda mahu)
  • Hirisan bawang besar
  • Garam dan gula

Cara memasak

  • Goreng telur terlebih dahulu, angkat dan toskan.
  • Tumbuk bawang putih, halia, bawang besar dan lada hitam sehingga lumat atau separuh lumat sahaja.
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
  • Masukkan 2 sudu cili blender, sos sili,kicap manis dan lada sulah.
  • Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga ianya menggelegak.
  • Seterusnya masukkan hirisan cili padi dan bawang merah.
  • Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng.
  • Tabur hirisan daun bawang serta bawang goreng.

Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

3. NASI GORENG BUJANG

Untuk nasi goreng bujang pula, bahan-bahan dan cara penyediannya adalah seperti berikut:

  • Nasi mengikut anggaran sendiri
  • 4 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 biji bawang merah dihiris nipis
  • 1-4 biji cili padi dihiris nipis
  • Sayur campur mengikut anggaran sendiri
  • Bebola ikan beberapa biji
  • 2 biji telur
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan juga cili padi, bebola ikan dan sayur campur.
  • Masukkan garam dan kacau sehingga semua bahan betul-betul masak.
  • Masukkan nasi dan kacau bagi serata. Ditengah-tengah kuali, buat satu bulatan diantara nasi dan pecahkan telur didalam bulatan itu.
  • Besarkan api seketika sehingga telur separuh masak.
  • Kemudian kacau sehinga telur hancur dan gaul bersama nasi sehingga nasi menjadi sebati.
  • Kecilkan semula api menjadi sederhana. Kacau perlahan supaya nasi tidak hangit di bawah.
  • Pastikan nasi sudah cukup rasa. Tutup api dan siap untuk dimakan!

Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

4. SUP AYAM

Seterusnya dalah resepi sup ayam simple untuk dihidangkan ketika bersahur.

Bahan-bahan

  • Isi ayam yang dipotong kecil
  • 1-3 biji kentang (kupas, potong 8, basuh bersih dan toskan)
  • 1-3 biji bawang merah dihiris
  • 1-2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • Garam secukup rasa
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air secukupnya
  • Daun bawang, bawang goreng

Cara memasak

  • Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Tumiskan sehingga naik bau.
  • Masukkan kentang bersama ayam dan gaulkan sehingga serata.
    Masukkan air secukupnya sehingga kentang tenggelam, masukkan pula kiub ayam.
  • Masakkan sehingga kentang dan ayam empuk sepenuhnya.
  • Masak dengan api sederhana dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
  • Tutup air dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.
  • Taburkan daun bawang dan bawang goreng ikut citarasa anda.
  • Siap untuk dimakan!

Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

5. MEE GORENG SEGERA

Inilah menu yang paling simple dan mengenyangkan.

Bahan-bahan

  • 1 hingga 3 bungkus mee segera (rebus dan toskan)
  • Sebungkus bebola ikan
  • Sebungkus sayur campur
  • Minyak masak
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis

  • 1 hingga 3 biji bawang merah (hiris/ tumbuk)
  • 1 hingga 2 ulas bawang putih (hiris/ tumbuk)
  • 1hingga 4 biji cili merah

Cara memasak

  • Panaskan minyak dan masukkan bawang merah,bawnag putih dan cili merah.
  • Tumiskan sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan bebola ikan dan sayur campur.
  • Kacau sehingga serata dan biarkan sehingga masak.
  • Masukkan kicap, air dan garam secukupnya. Kacau rata.
  • Akhir sekali, masukkan mee dan biarkan sehingga lembut serta sebati bersama bahan-bahan tadi.
  • Apabila mee sudah masak, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Simple Untuk Bersahur Hari Pertama Ramadan. Mudah & Sangat Mengenyangkan!

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai resepi yang menyelerakan, simple dan mengenyangkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.