Saguhati Kepada Peniaga Bazar Ramadan Kelantan Yang Dibatalkan Operasi

Peniaga bazar Ramadan di negeri Kelantan yang tidak dapat menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan akibat pembatalan oleh kerajaan negeri akan dibantu untuk meringankan beban masing-masing.

Peniaga ini akan menerima saguhati daripada kerajaan negeri Kelantan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta akibat pengumuman penutupan bazar Ramadan negeri tersebut.

Sebelum itu, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan bahawa bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri dibenarkan untuk beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan.

GOLONGAN SASARAN TERIMA SAGUHATI BAZAR RAMADAN BATAL

Golongan sasaran yang bakal menerima saguhati daripada kerajaan negeri Kelantan adalah:

  • 2,500 peniaga bazar Ramadan yang berdaftar di seluruh negeri Kelantan.

Angka tersebut adalah berdasarkan tinjauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mengikut senarai peniaga yang membuat pendaftaran bazar Ramadan di PBT masing-masing.

SEBAB PEMBATALAN BAZAR RAMADAN KELANTAN

Seperti yang sedia maklum, saguhati kepada peniaga adalah disebabkan kerana kerajaan negeri memahami bahawa pendapatan peniaga telah terjejas akibat pembatalan bazar Ramadan untuk kali ini.

Sebab utama pembatalan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri adalah kerana:

  • Untuk menangani peningkatan kes Covid-19 di negeri Kelantan.
  • Pembatalan bazar Ramadan tersebut dilakukan secara drastik kerana keadaan peningkatan jumlah jangkitan Covid-19 yang tidak stabil di negeri Kelantan serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
  • Kerajaan juga bimbang sekiranya jumlah kes Covid-19 berterusan yang berkemungkinan besar akan menyebabkan Kelantan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BAYARAN BALIK TAPAK RAMADAN

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin berkata:

  • Kerajaan akan membayar balik wang bayaran tapak yang sudah dibayar oleh peniaga di bazar Ramadan masing-masing.
  • Segala proses bayaran akan dibincangkan dan diumumkan secepat mungkin selepas mesyuarat bersama Kerajaan Tempatan.

Kerajaan cukup memahami bahawa setiap kali musim Ramadan, bazar Ramadan merupakan punca kepada peniaga kecil dan sudah menjangkakan kerugian akan dialami mereka kerana tidak meneruskan bazar ini.

Kerajaan cukup faham, ada sesetengah peniaga sudah beli barang. Oleh itu, saguhati ini diberikan atas kesusahan mereka. Diharap dengan sedikit pemberian ini dapat meringankan beban mereka.

SOP OPERASI BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin meminta kerjasama seluruh rakyat untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP). Ini kerana jika kes meningkat, negeri Kelantan akan  berada dalam PKP, rakyat akan susah. Kerajaan juga akan susah dan ekonomi akan kembali merudum.

Walaupun kerajaan hanya membatalkan bazar Ramadan, namun peniaga lain juga mesti mematuhi peraturan ditetapkan. Semua pihak kena patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan.

Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

Baca juga: Doa Berbuka Puasa Sendirian & Doa Berbuka Puasa Beramai-Ramai

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.