Para kontraktor pastinya ingin mengikuti kursus yang berkaitan dengan mata CCD untuk memperbaharui lesen kontraktor masing-masing tetapi tidak tahu dimana boleh dapatkan maklumat berkaitan kursus mata CCD disini.
Kebanyakan kursus yang disedikan juga telah dibatalkan dan ditunda akibat pandemik Covid-19 dan disebabkan kerana hal ini, penganjur telah menyediakan kursus mata CCD secara online agar memudahkan para kontraktor mengikuti kursus yang disedikan.
Jom dapatkan maklumat kursus yang disediakan agar anda mendapat mata CCD seterusnya boleh memperbaharui lesen kontraktor masing-masing.
APA ITU CCD?
Isi Kandungan
CCD ialah Contractor Continous Development. Setiap kontraktor perlu mengutip mata CCD yang ditetapkan bagi setahun untuk proses memperbaharui lesen CIDB. Contohnya, bagi Gred G7 mata CCD setahun yang diperlukan ialah minimum 40 mata.
Jika syarikat hendak memperbaharui lesen bagi 3 tahun, mata yang perlu dikutipnya ialah 120 mata. Tapi mata ni tidak boleh di bawa ke tahun selepas lesen diperbaharui walaupun terdapat baki mata yang terlalu banyak.
Untuk dapatkan mata CCD ini, setiap kontraktor perlu ikuti kursus atau seminar yang disahkan oleh CIDB yang akan diberikan mata.
Bagi setiap modul, akan diadakan ujian untuk memastikan kontraktor layak dapat mata CCD. Bagi kursus ini, setiap modul akan diberi sebanyak 2 mata.
Untuk pengetahuan anda, mata CCD akan mula diwajibkan bagi kontraktor yang ingin memperbaharui lesen pada 1 Januari 2010.
JENIS KURSUS MATA CCD & TARIKH
Terdapat 3 jenis kursus mata CCD beserta tarikh untuk panduan anda:
- Pengenalan Asas Penyelengaraan Bangunan Kerja Awam & Struktur
Tarikh : 24 April 2021 - Kursus Pengenalan Penilaian Kuantiti Kerja Pembinaan Bangunan
Tarikh : 25 April 2021 - Kursus Asas Kerja Kalis Air (Waterproofing)
Tarikh : 1 Mei 2021
YURAN KURSUS MATA CCD
Yuran Kursus Mata CCD yang dikenakan adalah sebanyak:
- RM150
MATA KURSUS CCD
Mata kursus CCD adalah seperti berikut:
Pengenalan Asas Penyelengaraan Bangunan Kerja Awam & Struktur
- 10 mata
Kursus Pengenalan Penilaian Kuantiti Kerja Pembinaan Bangunan
- 10 mata
Kursus Asas Kerja Kalis Air (Waterproofing)
- 10 mata
KAEDAH KURSUS MATA CCD ONLINE
Kaedah Kursus Mata CCD adalah seperti berikut:
- Menggunakan aplikasi Google Meet (Online)
Setiap peserta akan dibantu serta diberi panduan dari awal sehingga tamat kursus.
Sijil akan diberikan selepas kursus online tamat.
Baca juga: Cara Mohon Aspirasi Capital For Boost Secara Online 3 Minit Sahaja! Pembiayaan Sehingga RM20,000.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Kursus Mata CCD sila hubungi:
- Cik Isya: 012-537 1675
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.