Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM5,000 Hingga RM20,000 Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak. Semak Syarat Permohonan Disini

1,229

Golongan usahawan dan usahawan muda B40 yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan masing-masing boleh memohon Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak yang telah dibuka permohonannya.

Pinjaman yang disediakan ini melalui Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak merupakan satu skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil dan sederhana (IKS) dan usahawan muda B40.

Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

GOLONGAN SASARAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Golongan sasaran yang ditawarkan untuk Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak adalah:

  • Usahawan kecil dan sederhana (IKS)
  • Usahawan muda B40

JUMLAH PINJAMAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Jumlah pinjaman yang diperuntukkan kepada usahawan IKS dan usahawan muda B40 ialah:

  • RM5,000 hingga RM20,000

JENIS PERNIAGAAN YANG LAYAK MOHON PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Hanya perniagaan tertentu sahaja yang layak membuat permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak iaitu:

  • Perniagaan yang dijalankan melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan.
  • Hasil barangan jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Perniagaan yang tidak layak untuk pinjaman ialah:

  • Urusniaga ternakan, perikanan dan pertanian (untuk usahawan baru).
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan/Piramid/Skim Cepat Kaya/Perjudian.
  • Perniagaan barang lusuh/kitar semula (mengikut pasaran semasa).
  • Pembelian dan penyelenggaraan kenderaan untuk perniagaan atau peribadi.
  • Perniagaan bermusim .
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan seumpamanya.
  • Kontraktor Pembinaan (binaan, eletrik, jalanraya, pengairan dan saliran dan lain-lain berkaitan).
  • Pengubahsuaian premis, chalet, hostel dan yang berkaitan.

SYARAT MOHON PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Bagi anda yang berminat untuk memohon Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak, semak syarat kelayakan permohonan seperti berikut:

  • Usahawan berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
  • Bagi pemohon bekerja kerajaan/badan berkanun/syarikat GLC/Berhad/Sdn Bhd/Enterprise, hanya kakitangan kerajaan Gred 41 ke bawah dengan kebenaran Ketua Jabatan & pekerja dari syarikat swasta dengan surat pengesahan majikan (berpendapatan B40 ke bawah) sahaja layak memohon.
  • Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak (berpendapatan B40 dan ke bawah).
  • Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang.
  • Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak.

Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

CARA MEMOHON PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Anda boleh membuat permohonan dengan mendapatkan borang permohonan secara percuma di:

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial),
  • Pejabat ADUN
  • Laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my

BORANG PERMOHONAN

DOKUMEN SOKONGAN

Sediakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon 3 keping dan tanggungan/waris) yang telah disahkan.
  • Salinan Surat Perjanjian/Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah dan sebagainya yang telah disahkan.
  • Salinan Daftar Niaga (SSM)/Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah disahkan.
  • Lakaran Lokasi Perniagaan yang sah.
  • Salinan Penyata Bank terkini bagi 3 Bulan yang telah disahkan.
  • Dokumen Tambahan Penjamin (Semak Lampiran Butiran Penjamin) Kad Pengenalan- 3 keping/Slip Gaji 3 Bulan Terkini yang telah disahkan.
  • Sebutharga barangan yang hendak dibeli dari pembekal yang sah.
  • Perlu pengesahan pendapatan pemohon dari Penghulu.
  • Salinan kad suntikan (bagi perniagaan makanan) yang telah disahkan.
NOTA PENTING: Sahkan semua salinan dokumen oleh pegawai kerajaan kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penghulu/ MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung).
RM5,000 Hingga RM20,000 Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak. Semak Syarat Permohonan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak di:

  • 05-255 2929

Atau kunjungi Yayasan Perak di:

  • Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak),
    Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
    No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...