Cara Keluarkan Duit Dari Mesin Tanpa Kad ATM. Ikut Langkah-Langkah Ini

Serba serbi sudah canggih zaman sekarang. Malahan anda juga boleh mengeluarkan duit dari mesin ATM Maybank tanpa menggunakan kad. Ya! Tanpa menggunakan kad sekiranya anda beradala dalam kecemasan.

Mungkin kadang-kadang kita terlupa sehingga beg tangan atau dompet pun tertinggal di rumah sedangkan anda sudah berada di hadapan bank untuk kelurkan duit anda

Jangan risau, ikuti tutorial yang disediakan ini dan anda dapat keluarkan wang anda dari mesin tanpa kad ATM Maybank.

Baca juga: Semak Baki Tabung Haji Guna Maybank2u & Transfer Secara Online Sahaja Dengan Guna Cara Ini Sahaja

CARA KELUARKAN DUIT TANPA KAD ATM

Mudah sahaja keluarkan duit anda dari mesin ATM tanpa kad asalkan anda sudah mendaftar Maybank2u.

1. LOGIN MAYBANK2U

  • Log masuk ke Maybank2u anda
  • Masukkan username dan kata laluan

2. KLIK CARDLESS WITHDRAWAL

  • Seterusnya klik CARDLESS WITHDRAWAL untuk mengeluarkan wang anda dari mesin ATM.

Cara Keluarkan Duit Dari Mesin Tanpa Kad ATM. Ikut Langkah-Langkah Ini

3. AMAUN

  • Pilih amaun yang ingin dikeluarkan.
  • Klik CONTINUE untuk teruskan.

Cara Keluarkan Duit Dari Mesin Tanpa Kad ATM. Ikut Langkah-Langkah Ini

4. NOMBOR TAC

  • Seterusnya mohon NOMBOR TAC dan masukkan nombor TAC selepas anda menerimanya.
  • Klik PROCEED dan klik CONFIRM.

5. KELUARKAN DUIT

  • Klik PENGELUARAN TANPA KAD.

Cara Keluarkan Duit Dari Mesin Tanpa Kad ATM. Ikut Langkah-Langkah Ini

  • Klik TERUSKAN.
  • Masukkan kod 16 digit yang diterima.

Cara Keluarkan Duit Dari Mesin Tanpa Kad ATM. Ikut Langkah-Langkah Ini

  • Klik YA.
  • Masukkan Kod Pengeluaran dan klik YA.

Cara Keluarkan Duit Dari Mesin Tanpa Kad ATM. Ikut Langkah-Langkah Ini

Baca juga: Pengguna Maybank2U, Hati-Hati Dengan Laman Web Palsu & Ini Cara Block

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.