Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

Walaupun terdapat SOP Bazar Ramadan 2021 telah dikeluarkan, namun bazar Ramadan di negeri Sabah tidak dibenarkan beroperasi di Sabah sepanjang Ramadan pada kali ini seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Ini adalah berikutan situasi semasa penularan COVID-19 di Sabah yang masih membimbangkan berikutan banyak kluster baharu berpunca daripada majlis sosial sejak kebelakangan ini.

Walau apa pun berlaku, Ramadan kali ini tetap disambut dengan meriah dan sederhana kerana bulan Ramadan adalah bulan yang mulia serta mempunyai sejuta hikmah untuk direbut.

Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK SELURUH NEGERI SABAH MENGIKUT ZON TAHUN 2021/1442H

Berikut adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi negeri Sabah mengikut zon:

ZON 1

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 2

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 3

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 4

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 5

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 6

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 7

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 8

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

ZON 9

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021/1442H

Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Baca juga: 3 Aplikasi Untuk Pengisian Sempena Bulan Ramadan. Muat Turun & Manfaatkannya Sepanjang Ramadan Ini

KELEBIHAN SAHUR DARI SUDUT KESIHATAN

Menurut pendapat jumhur ulama’, kelebihan dan keberkatan sahur merupakan sesuatu yang besar jika diamalkan dan ia tidak membeza-bezakan sama ada puasa sunat atau puasa ganti.

Walaupun sahur itu bukan syarat sah puasa kerana tanpa sahur juga anda wajib dan dibolehkan untuk berpuasa. Namun, pada sahur itu ada keberkatan yang perlu dijaga dan banyak kelebihan yang akan Allah ganjarkan kepada muslim yang melaksanakan sunnah ini. Ia merupakan sebuah sunnah yang jika diamalkan, akan mendapat ganjaran yang sangat besar.

Menurut Imam Ibnu Adli Bar, kajian mengenai hadis bersahur dan kepentingannya adalah bertaraf sahih dan mampu memberi kesihatan kepada diri sendiri. Kajian saintifik juga menekankan bahawa penekanan nabi agar sahur dilewatkan mempunyai sebab yang tersendiri, iaitu ia menepati waktu sarapan pagi. Hal ini kerana, makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan.

Dr Mark Pereira dan beberapa orang pengkaji lagi dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi akan mempunyai risiko untuk menghidap penyakit jantung dan kencing manis.

Manakala, menurut Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor menunjukkan bahawa mereka yang meninggalkan sarapan berisiko untuk menanggung dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan berpotensi mengalami penyakit anemia, iaitu kekurangan haemoglobin dalam darah.

Justeru, dengan bersahur akan menggantikan sarapan pagi yang tidak boleh dilakukan pada bulan Ramadan agar kesihatan kita sentiasa terjaga.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.