Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Namun pandmeik Covid-19 telah menyebabkan seluruh manusia berhdapan dengan pelbagai perubahan iaitu mengamalkan hidup dengan norma baharu.
Pelbagai urusan dilakukan secara online dan urusan secara bersemuka telah dikurangkan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Baca juga: Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia & Cara Membuat Pembayaran Secara Online
CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI MAYBANK2U
Isi Kandungan
Untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui Maybank2u adalah seperti berikut:
- Pilih PAY & TRANSFER.
- Pilih PAYEE.
- Pilih biller contoh: ZAKAT MELAKA dan pilih ZAKAT FITRAH.
- Masukkan AMOUNT, MOBILE NUMBER. Pilih KADAR ZAKAT dan DATE.
- Akhir sekali klik PAY.
- Transaksi anda telah berjaya.
SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI
Kadar zakat fitrah mengikut negeri adalah seperti berikut:
NEGERI | KADAR BAYARAN | PAUTAN BAYARAN ONLINE |
Perlis | RM7.00 | www.maips gov. |
Kedah | RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00 | https://jom.zakatkedah.com.my/? |
Pulau Pinang | RM7.00/ RM12.00 / RM16.00 | https://zakatpenang2u.com/ |
Perak | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | https://ezakat.maiamp.gov.my/ |
Selangor | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | https://fpx.zakatselangor.com.my/ |
Negeri Sembilan | RM7.00 | https://www.zakatns2u.biz/fitrah/ |
Melaka | RM7.00/ RM14.00 | https://ebayar.melaka.gov.my/ |
Johor | RM7.00/ RM10.00 | https://epayment.maij.gov.my/ |
Pahang | RM7.00 | https://ezakat.muip.gov.my/ |
Terengganu | RM7.00 | https://ezakat.maidam.gov.my/ |
Kelantan | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | https://www.e-maik.my/ |
Sarawak | RM7.00 | https://pelanggan.tbs.org.my/ |
Sabah | RM6.00/ RM7.50 | https://appszakat.sabah.gov.my/ |
Kuala Lumpur Putrajaya Labuan |
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00 | https://www.maiwp.gov.my/ |
NOTA:
- Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.
- Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.
Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.