Lanjutan Penawaran Data 1GB Percuma Setiap Hari Hingga 31 Julai 2021

Penawaran 1GB percuma sepanjang hari telah diteruskan sehingga 30 April 2021 untuk menyokong pembelajaran dan mereka yang bekerja dari rumah bagi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Tawaran data 1GB percuma ini telah disediakan oleh pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, maxis, U Mobile dan Unifi untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar yang aktif.

Terkini, Celcom telah melanjutkan penawaran data 1GB percuma setiap hari sehingga 31 Julai 2021 untuk memudahkan pengguna yang bekerja dan belajar dari rumah.

Baca juga: Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

LANJUTAN PENAWARAN DATA 1GB PERCUMA CELCOM

Celcom melalui laman web mereka, telah mengumumkan untuk melanjutkan tawaran data 1GB percuma sehingga:

  • 31 Julai 2021

Lanjutan Penawaran Data 1GB Percuma Setiap Hari Hingga 31 Julai 2021

CARA TEBUS DATA 1GB PERCUMA

Untuk tebus data 1GB percuma, pengguna hanya perlu menebusnya sekali setiap bulan melalui:

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

Nota: Data internet percuma 1GB ini tidak boleh digunakan untuk sosial media, video streaming, bermain game dan streaming muzik.

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT DATA INTERNET PERCUMA 1GB

Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan data internet percuma 1GB ialah:

  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Maxis Berhad (Maxis & Hotlink)
  • Tunetalk
  • Onexox

Terkini, semua syarikat telekomunikasi telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1GB data percuma harian sehingga 31 Julai dan sokongan lain yang disediakan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.

Lanjutan terbaharu ini dibuat sebagai sokongan tambahan kepada rakyat, atas ehsan dan keprihatinan syarikat telekomunikasi memandangkan situasi pandemik COVID-19 di negara ini belum stabil.

Ia juga untuk membantu pelajar sekolah beralih semula kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas Aidilfitri seperti diumum Kementerian Pendidikan baru-baru ini.

Kerajaan akan terus menggerakkan inisiatif-inisiatif seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pelan Tindakan MyDIGITAL untuk memastikan agenda pembangunan berteraskan digitalisasi dilaksanakan secara inklusif tanpa ada golongan yang terpinggir.

SUMBER

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.