Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40 Dilanjutkan, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

Program Jaringan Prihatin telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.

Untuk pengetahuan anda, Program Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia, iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

Baca juga: Data Percuma 1GB Diteruskan Sehingga 2021 Sehingga Perlaksanaan Jaringan Prihatin

TARIKH PENDAFTARAN BANTUAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Tarikh pendaftaran bantuan Program Jaringan Prihatin adalah bermula pada:

  • 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021

Dan dilanjutkan sehingga:

  • 31 Ogos 2021 (rujuk lampiran dibawah)

GOLONGAN SASARAN PENERIMA BANTUAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Golongan sasaran penerima bantuan Program Jaringan Prihatin ialah:

  • Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.

JENIS SUBSIDI YANG DITAWARKAN

Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan, iaitu:

  • Subsidi 1: Subsidi pelan data bulanan; atau
  • Subsidi 2: Subsidi pembelian pakej peranti mudah alih.

Penerima BPR (berkahwin atau ibu/bapa tunggal) dan mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM300 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

Sementara itu, penerima BPR (bujang atau berkahwin) dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan ditawarkan subsidi:

  • RM180 (diberikan secara penuh) untuk pakej peranti, atau
  • RM15 sebulan untuk rancangan data bulanan selama 12 bulan.

CARA PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Untuk membuat pendaftaran Program Jaringan Prihatin mengikut syarikat Telco masing-masing seperti berikut:

UMobile

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

DIGI

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

CELCOM

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

UNIFI

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

YOODO

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

TUNETALK

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

ONEXOX

Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40, Ini Cara-Caranya Mengikut Syarikat Telco

Anda juga boleh membuat pendaftaran di pautan seperti berikut:

  1. Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
  2. Digi: https://digi.my/prihatin
  3. Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
  4. Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
  5. redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
  6. speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
  7. Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
  8. U Mobile:https://www.u.com.my/jaringanprihatin
  9. unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
  10. XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
  11. YES: https://www.yes.my/kasiupB40
  12. Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin

KAEDAH TUNTUTAN

  • Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap individu atau isi rumah yang layak (disahkan melalui nombor kad pengenalan).
  • Jika anda mempunyai 2 nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih 1 nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.
  • Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.
  • Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.
  • Bergantung kepada pelan yang dipilih, penerima yang layak dibenarkan untuk menukar syarikat telekomunikasi maksimum 3 kali dalam tempoh program sepanjang 12 bulan.
  • Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan 1 syarikat telekomunikasi pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut.

Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
Nota: Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.