Permohonan Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan Bagi Sesi Kemasukan 2021/2022. Semak Syarat Kelayakan Disini

Pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan boleh membuat permohonan dengan segera secara online bagi kemasukan Sesi 2021/2022.

Untuk pengetahuan pemohon, Kementerian Pengajian Tinggi tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk urusan pengajian dan penempatan ke Timur Tengah. Jadi, buat permohonan melalui pautan yang diberikan oleh KPT sahaja.

Seterusnya dapatkan info lengkap mengenai permohonan pengajian ke Mesir dan Jordan melalui perkongsian ini.

Baca juga: Sijil Pengajian Islam (Program Persijilan MAINS) Pengambilan Ogos 2021. Daftar Disini

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan untuk menyambung pengajian ke Mesir dan Jordan adlah mulai:

  • 2 Jun 2021 sehingga keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan.

Makluman pelajar yang layak akan diumumkan pada 12 julai 2021.

SYARAT PERMOHONAN PENGAJIAN DI MESIR

Syarat permohonan pengajian di Mesir adalah seperti berikut:

SYARAT PERMOHONAN PENGAJIAN DI JORDAN

Syarat permohonan pengajian di Jordan adalah seperti berikut:

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan:

  1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan atas talian. Sila pastikan emel yang didaftarkan adalah aktif, nama penuh dan no. kad pengenalan anda adalah betul dan tepat.
  2. Setelah membuat pendaftaran, anda perlu log masuk ke dalam sistem etimurtengah di pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah bagi melengkapkan maklumat permohonan.Permohonan Melanjutkan Pelajaran Ke Mesir & Jordan Bagi Sesi Kemasukan 2021/2022. Semak Syarat Kelayakan Disini
  3. Anda hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi SATU (1) negara dan SATU (1) bidang sahaja. Anda juga dinasihati supaya membuat permohonan yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  4. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap sebelum tekan butang simpan dan hantar.
  5. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan teliti semasa mengisi permohonan. Pengemaskinian maklumat boleh dilakukan sehingga tarikh akhir permohonan.
  6. Pastikan permohonan dihantar dengan klik HANTAR selewat-lewatnya pada tarikh akhir permohonan.
  7. Anda dikehendaki mencetak borang permohonan sebagai rujukan.
Nota: Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi hanya diproses oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sahaja.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pengajian ke Mesir dan Jordan dengan menghubungi En. Shahrul Fazli bin Abu Hassan / En. Aliff Firdaus bin Abd Rahman melalui saluran berikut:

  • Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pengajian Tinggi
    Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 Putrajaya.
  • Telefon: 03-8870 6217/6226
  • Faks: 03-8870 6853

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.