Sekolah Akan Dibuka Mulai September 2021 Jika Keadaan Pulih & Selamat Sekiranya Mendapat Kebenaran MKN Serta KKM

Kemungkinan besar sekolah akan dibuka semula mulai September nanti dan murid-murid akan belajar seperti biasa sekiranya keadaan benar- benar pulih.

Jadi, sesi persekolahan secara bersemuka akan dibuka lebih awal daripada jangkaan namun ianya akan dibuka berdasarkan pelbagai faktor dan kebenaran dari pihak Majlis Keselamatan Negara dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Jadi, ibu bapa boleh membuat persediaan lebih awal agar murid-murid melalui sesi persekolah normal seperti biasa.

Baca juga: Intipati Pencerahan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin Mengenai Persekolahan Berikutan PKP 3.0

DAHULUKAN CALON SPM/STPM

Mengikut pelan pemulihan negara, Menteri Kanan Pendidikan berharap calon kelas peperiksaan SPM/STPM didahulukan pemberian vaksin bagi membenarkan mereka dapat kembali ke sekolah lebih awal.

Sektor pendidikan lebih bersedia di bawah Pelan Pemulihan Negara kerana melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), walaupun sesi persekolahan berkemungkinan dibuka secara berperingkat pada Fasa Ketiga pelan itu.

Dr Radzi Jidin juga menyatakan bahawa pelan pemulihan berkenaan juga menjadi asas hala tuju dalam membantu dan memulihkan sektor pendidikan negara selepas lebih setahun lalu terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Rujuk: Calon SPM & STPM Bakal Dapat Vaksin Mulai Julai Ini & Lengkap 2 Dos Selepas 3 Minggu

INFO VIDEO

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh dapatkan maklumat mengenai sesi persekolahan yang akan dibuka September ini jika keadaan pulih seperti berikut:

TARIKH SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Para pelajar akan meneruskan sesi pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas tamat cuti pertengahan tahun adalah seperti berikut:

  • Kumpulan A: Bermula sesi persekolahan dibuka pada 13 Jun 2021
  • Kumpulan B: Bermula sesi persekolahan dibuka pada 14 Jun 2021

Terkini! Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, PKP 3.0

Rujuk: Terkini! Takwim Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2021, PKP 3.0

Malah sebelum ini juga Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan beberapa inisiatif serta perubahan termasuk ujian lisan, amali dan bertulis bagi SPM 2021 seperti infografik berikut:

Intipati Pencerahan Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin Mengenai Persekolahan Berikutan PKP 3.0

RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSETUJU

Namun begitu, ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju kerajaan membuka sesi persekolahan untuk murid sekolah rendah pada September atau Oktober ini.

Ini kerana murid tidak akan buat dan faham penjarakan sosial sekiranya tidak dibimbing oleh guru.

Mereka juga berharap KPM tidak tergesa-gesa buka sekolah rendah terutama untuk tahun satu, dua dan tiga. Jumlah mereka ramai walau berperingkat akan di buka. Lebih-lebih lagi dengan (pematuhan) penjarakan sosial paling susah untuk anak-anak tahap ini.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.