Golongan Asnaf & Lepasan Tahfiz Lepasan SPM Ditawarkan Untuk Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Mohon Sekarang!
Anak-anak Asnaf dan lepasan Tahfiz kelahiran Terengganu lepasan SPM digalakkan untuk memohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf untuk kemasukan bulan Julai.
Terdapat pelbagai program ditawarkan kepada golongan anak asnaf dan lepasan tahfiz dan ditawarkan penajaan oleh Yayasan Sime Darby.
Dapatkan cara membuat permohonan yang dikongsikan disini dan mohon segera kerana tempat kursus yang disediakan adalah sangat terhad.
INFO RINGKAS PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF & TAHFIZ
Isi Kandungan
- Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf ini hanya terbuka untuk anak-anak asnaf dan lepasan Tahfiz negeri Terengganu sahaja.
- Kekosongan sangat terhad serta dijamin dengan peluang pekerjaan.
- Kursus ini dijalankan selama 4 bulan.
- Kursus bertempat di TWI Shah Alam, Selangor
TAWARAN KURSUS YANG DISEDIAKAN
Antara kursus yang ditawarkan melalui Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf adalah seperti berikut:
- Program Pengimpal: WQT 6G – CSWIP
- Inspektor Kimpalan Visual: 3.0 Tahap 1
- Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah (NDT Appreciation)
- Sijil OGSP & CIDB Green Card
- Kelas Bahasa Inggeris
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF & TAHFIZ
Antara syarat kelayakan untuk mengikuti Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf ialah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 25 tahun ke bawah
- Berdaftar sebagai Asnaf & Lepasan Tahfiz
- Lulus SPM
KELEBIHAN & KEMUDAHAN
Antara kelebihan dan kemudahan yang bakal diperolehi oleh peserta adalah seperti berikut:
- Hostel disediakan
- Makan dan minum disediakan
- Elaun bulanan selama 4 bulan
- Tempoh kursus 16 minggu
- Perlindungan insuran kemalangan
- Persijilan antarabangsa: CSWIP-UK
- Penempatan kerja selepas tamat kursus
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk melengkapkan permohonan anda:
- Salinan kad pengenalan peserta
- Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
- Salinan sijil SPM
- Surat akaun Pejabat Zakat
- Salinan kelulusan pengajian terkini
- Surat pengesahan gaji/pencen/pendapatan ibu/bapa
- Bil elektrik/air
- Salian sijil kematian/cerai (jika ada)
CARA MOHON
Klik sini untuk permohonan:
- https://docs.google.com/forms/
- Lengkapkan permohonan dengan lengkap.
- Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf, sila hubungi:
- En. Tengku Farhan: 012-370 3526
- Pn. Jasmin: 03-7848 1000 (Ext: 4017)
- [email protected]
- www.training.com
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.