Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lepasan SPM Jom Sambung Belajar Di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) PERETAK.5 Kursus Ditawarkan Buat Anda

2,399

Pelajar lepasan SPM/ SPMV yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran boleh membuat permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan bagi pengambilan bulan Julai nanti.

Terdapat 5 kursus yang ditawarkan dan ianya bermula dari Sijil Kemahiran sehingga ke peringkat Diploma mengikut subjek.

Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara PERETAK, dapatkan cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 Bermula 15 Jun 2021

INFO RINGKAS IKBN PERETAK

IKBN PERETAK merupakan salah satu daripada 20 IKBN di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Fokus utama Institut ini adalah untuk melahirkan sumber tenaga belia yang memiliki keterserlahan dalam bidang kemahiran dan kesempurnaan dalam sahsiah.

Misi IKBN PERETAK sama seperi IKBN yang lain iaitu:

  • Menghasilkan seramai mungkin belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal, berwawasan dan berakhlak mulia untuk keperluan tenaga kerja yang berketerampilan selaras dengan keperluan negara.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah:

  • 1 Julai 2021

SYARAT UMUM KURSUS KEMAHIRAN IKBN PERETAK

Berikut adalah syarat umum untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan oleh IKBN PERETAK:

  • Warganegara Malaysia.
  • Boleh membaca dan menulis.
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5.
  • Belum berkahwin atau bujang.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah.
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran).
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan/disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

5 KURSUS DITAWARKAN

Terdapat 5 kursus yang ditawarkan oleh IKBN PERETAK untuk lepasan SPM adalah seperti berikut:

  • Diploma Rekaan Fesyen
  • SKM Jahitan Pakaian Wanita
  • SKM Jahitan Pakaian Lelaki
  • SKM Penyediaan Roti
  • SKM Penyajian

Diploma Rekaan Fesyen 2. SKM Jahitan Pakaian Wanita 3. SKM Jahitan Pakaian Lelaki 4. SKM Penyediaan Roti 5. SKM Penyajian

CARA MOHON

Anda perlu muat turun borang permohonan berikut untuk membuat permohonan:

Lepasan SPM Jom Sambung Belajar Di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) PERETAK.5 Kursus Ditawarkan Buat Anda

Baca juga: Cara Mendaftar Pelbagai Kursus Ambilan Julai Di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan masuk ke IKBN PERETAK bagi Sesi Julai 2021, sila hubungi Pegawai Unit Pengambilan IKBN PERETAK di saluran berikut:

  • Cik Marliana: 019-393 9697
  • Cik Haizatul: 016-386 7475
  • Pejabat IKBN PERETAK: 03-6099 6000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...