Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 Bermula 15 Jun 2021

1,370

Keputusan SPM 2020 telah diumumkan dan keputusan SPM keseluruhan sangat membanggakan malahan ia adalah yang terbaik bagi sepanjang tempoh 5 tahun sejak tahun 2016.

Rujuk: Pelbagai Dugaan Buat Calon SPM 2020 Termasuk Covid-19 & Ia Bukan Halangan Untuk Capai Keputusan Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana permohonan UPUOnline ini telah dibuka semula buat anda yang tidak sempat membuat permohonan dan tidak pernah memohon sebelum ini.

Bagi yang sudah membuat permohonan sebelum ini, anda boleh mengemaskini pilihan program mengikut kelayakan anda.

TARIKH PEMBUKAAN SEMULA PERMOHONAN UPUONLINE

Tarikh untuk permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 adalah seperti berikut:

  • 15 Jun 2021 (Selasa) Jam 12 tengah hari hingga 21 Jun 2021 (Isnin) Jam 5 petang

Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 Bermula 15 Jun 2021

Pembukaan semula permohonan UPUOnline pada 15 Jun ini adalah bertujuan agar pemohon yang tidak sempat membuat permohonan dan tidak pernah memohon dapat membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 21 Jun 2021 nanti.

TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJAR LEPASAN SPM & STPM/SETARAF

Pemohon UPUOnline juga boleh mendapatkan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2021/2022 seperti berikut:

Pembukaan Semula Permohonan UPUOnline Bagi Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 Bermula 15 Jun 2021

Baca juga: Tawaran Tajaan Khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam Yayasan Pendidikan MAIDAM 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembukaan semula permohonan UPU Online sila hubungi MOHE di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...