Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tawaran Tajaan Khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam Yayasan Pendidikan MAIDAM 2021

1,307

Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan tajaan khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam kepada pelajar yang berminat.

Tawaran ini khusus untuk para pelajar yang mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian sepenuh masa(Full time)dalam bidang Pengajian Islam di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) di universiti-universiti yang ditetapkan oleh MAIDAM.

Dapatkan syarat kelayakan untuk mengikuti program ini seperti yang dikongsikan melalui artikel ini.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dilakukan mulai:

  • 13 Jun 2021

SYARAT PERMOHONAN TAWARAN TAJAAN KHAS PROGRAM MEMARTABATKAN INSTITUSI ULAMA’/CENDIKIAWAN ISLAM

Syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pelajar Lelaki rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu.
  2. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian
    Islam (tidak termasuk bidang Pengkhususan Bahasa Arab) di universiti- universiti yang diikitiraf oleh JPA sama ada dalam atau luar Negara.
  3. Mempunyai minat yang tinggi untuk menyambung pengajian dalam bidang pengajian islam di peringkat ijazah sarjana (Master) atau Doktor Falsafah (PhD) di universiti-universiti yang ditetapkan MAIDAM.
  4. Calon pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) mestilah berumur tidak melebihi tiga puluh (30) tahun serta memperolehi keputusan Jayyid Jiddan atau Mumtaz di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari universiti Timur Tengah atau Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya dari universiti dalam Negara.
  5. Calon pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) mestilah berumur tidak melebihi tiga puluh lima (35) tahun serta lulus di peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau mana-mana universiti yang dipersetujui oleh MAIDAM.
  6. Tidak mendapat pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya.
  7. Lulus temuduga pada setiap tahap pengajian dan kelayakan pembiayaan diperingkat Ijazah Sarjana (Master) tidak bererti layak diperingkat Doktor Falsafah (PhD).
  8. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana- mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan keseluruhan zakat kepada MAIDAM.
  9. Keutamaan diberikan kepada para pelajar yang tergolong dalam kalangan anak-anak miskin.
  10. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar Negara.

Baca juga: Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

UNIVERSITI YANG DITETAPKAN

Antar universiti yang ditetapkan adalah seperti berikut:Tawaran Tajaan Khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam Yayasan Pendidikan MAIDAM 2021

DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN

Sertakan bersama dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut ketika menghantar permohonan anda:

  • Salinan kad pengenalan/Mykad pemohon, suami/isteri dan Mykid anak-anak di bawah tanggunggan.
  • Salinan slip gaji atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
  • Salinan scroll dan transkrip Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (Master) yang disahkan.
  • Salinan nombor akaun bank (Selain Tabung Haji dan ASB).
  • Surat bermastautin bagi kelahiran luar negeri Terengganu.
  • Salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG PERMOHONAN

Dapatkan borang permohonan tajaan khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam pada pautan dibawah:

Tawaran Tajaan Khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam Yayasan Pendidikan MAIDAM 2021

BORANG PERMOHONAN

Baca juga: Berita Baik! Sultan Perak Luluskan Dana Khas Bantuan Buat Rakyat Perak Terjejas Pendapatan Akibat PKP 3.0 Untuk Asnaf, Pelajar, Usahawan & Frontliner

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai tajaan khas Program Memartabatkan Institusi Ulama’ / Cendikiawan Islam sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...