Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Berita Baik! Sultan Perak Luluskan Dana Khas Bantuan Buat Rakyat Perak Terjejas Pendapatan Akibat PKP 3.0 Untuk Asnaf, Pelajar, Usahawan & Frontliner

1,581

Memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat jelatanya, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah memperkenankan peruntukan Dana Khas Bantuan Semasa PKP 3.0.

Semua golongan masyarakat di negeri tersebut bakal menerima pelbagai bantuan sepanjang tempoh PKP 3.0 dengan peruntukan berjumlah RM14,606,000.00.

Dapatkan senarai bantuan dan keperluan yang telah dikongsikan untuk digunakan oleh rakyat Perak untuk meneruskan kehidupan masing-masing sepjang tempoh PKP 3.0 disini.

Baca juga: Insentif Terkini Buat Penjaja, Usahawan & Belia Berniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

TUJUAN DANA KHAS BANTUAN SEMASA PKP 3.0

Baginda menitahkan agar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak menyediakan dana khas bantuan untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Bantuan kelangsungan hidup untuk meringankan kesulitan yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata yang kehilangan sumber pendapatan.
  • Tajaan pembelian peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera.
  • Bantuan pakej tablet dan data Internet kepada usahawan kalangan asnaf dan para pelajar daripada keluarga miskin.
  • Bantuan kepada pelajar di sekolah/pusat tahfiz, institut pengajian tinggi dan di luar negara.
  • Peruntukan untuk kebajikan para petugas keselamatan di barisan hadapan.
  • Bantuan kepada rumah-rumah anak yatim, rumah orang tua, warga emas dan pusat gelandangan.
  • Peruntukan untuk mempercepatkan program vaksinasi kepada kumpulan sasar yang perlu diutamakan.

SENARAI BANTUAN & TAJAAN DANA KHAS BANTUAN SEMASA PKP 3.0

Antara senarai bantuan dan tajaan Dana Khas Bantuan Semasa PKP 3.0 adalah:

1. Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup (RM10,900,000.00)

  • Untuk ketua isi rumah (KIR) dan penerima bantuan kewangan bulanan MAIPK yang terjejas sumber pendapatan kerana diberhentikan kerja, tidak dapat menjalankan perniagaan, diberi cuti tanpa gaji kerana majikan menghentikan operasi atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.

2. Tajaan Peralatan Kesihatan dan Perubatan (RM606,000.00)

  • Berbentuk tajaan peralatan rawatan dan perubatan yang diperlukan segera oleh Jabatan Kesihatan Perak bagi kegunaan petugas medan di barisan hadapan.

3. Sumbangan untuk Petugas Barisan Hadapan Covid-19 (RM400,000.00)

  • Disalurkan melalui agensi-agensi berkaitan untuk keperluan kebajikan petugas-petugas barisan hadapan.

4. Bantuan pakej tablet dan data Internet untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara atas talian dan pelajar sekolah (RM1,500,000.00)

  • Pemberian tablet dan data internet kepada usahawan daripada kalangan
    asnaf untuk menjalankan perniagaan secara atas talian; juga kepada pelajar
    tingkatan 5 daripada kalangan ketua isi rumah fakir-miskin.

5. Bantuan Kebajikan Pelajar Luar Negara (RM200,000.00)

  • Untuk mahasiswa/mahasiswi Negeri Perak yang sedang berada di luar negara (Mesir, Jordan, Indonesia dan lain-lain negara).

6.Sumbangan untuk Pusat Jagaan Anak Yatim, Rumah Orang Tua dan Warga Emas Islam (RM400,000.00)

  • Bantuan operasi pusat-pusat jagaan anak yatim, orang tua dan warga emas.

7. Tajaan Bekalan Makanan Institusi Pendidikan (RM200,000.00)

  • Disediakan rizab untuk mahasiswa/mahasiswi di institusi pengajian tinggi dan pelajar-pelajar di sekolah/maahad tahfiz di negeri Perak yang perlu menginap di tempat pengajian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

8. Sumbangan ke Pusat Gelandangan Sementara di bawah Kendalian Kerajaan Negeri Perak (RM 200,000.00)

  • Membiayai keperluan asas penjagaan diri dalam bentuk alat kebersihan dan kesihatan, bahan ubatan serta makanan tambahan, semasa individu berada di pusat gelandangan.

9. Program Vaksinasi Covid-19 MAIPk (RM200,000.00)

  • Disediakan rizab untuk membiayai belanja vaksinasi kepada kumpulan yang
    dikenal pasti perlu disegerakan mendapat vaksinasi.

Selain daripada itu, MAIPk turut memberikan pengecualian bayaran sewa dan pajakan hartanah wakaf berjumlah RM98,000.00 dan hartanah baitulmal berjumlah RM50,000.00 di premis dan tapak perniagaan MAIPK bagi bulan Jun 2021.

MAIPk akan mengkaji tempoh pengecualian bayaran sewa dan pajakan, tertakluk sama ada tempoh PKP 3.0 akan dilanjutkan.

KENYATAAN MEDIA

Berita Baik! Sultan Perak Luluskan Dana Khas Bantuan Buat Rakyat Perak Terjejas Pendapatan Akibat PKP 3.0 Untuk Asnaf, Pelajar, Usahawan & Frontliner

Baca juga: Bantuan One-Off RM500 Buat Orang Johor Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...