Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK) Sabah Pelajar Tingkatan 5 & 6 Bermula Julai Hingga Oktober Ini
Pemohon Bantuan Komputer Riba (BAIK) negeri Sabah bakal menerima komputer riba masing-masing bermula 19 Julai 2021 hingga 18 Oktober 2021.
Edaran 10,000 komputer riba ini adalah bantuan kepada pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam dan melibatkan calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) Dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat membantu pelajar untuk meneruskan pengajian dengan lebih baik dan selesa berbanding sebelum ini.
TUJUAN BANTUAN IHSAN KOMPUTER (BAIK) SABAH
Isi Kandungan
Tujuan sebenar Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) adalah untuk:
- Membantu meringankan beban para pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
- Pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 juta itu diberikan khusus untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan penting pada hujung tahun ini.
Baca juga: RM300 One-Off, Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0), Semak Kelayakan Disini
TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA (BAIK) SABAH
Tarikh agihan Bantuan Komputer Riba (BAIK) seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah melalui Facebooknya ialah:
- Mulai 19 Julai 2021 – 18 Oktober 2021
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KOMPUTER RIBA (BAIK) SABAH
Syarat kelayakan pelajar yang layak menerima Bantuan Komputer Riba adalah seperti berikut:
- Pelajar warganegara berasal dari negeri Sabah.
- Pelajar tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih miskin tegar.
- Satu komputer untuk satu ketua isi rumah (KIR)
MEMUDAHKAN PELAJAR PDPR
Ini adalah kaedah yang kerajaan negeri ambil untuk membantu agar pelajar yang tidak berkemampuan tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Pengagihan fasa satu ini melibatkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan 158 dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).
Ia membabitkan ibu bapa atau penjaga pelajar yang termasuk dalam kategori e-kasih miskin tegar.
Malah, komputer riba pelbagai jenama itu juga boleh digunakan sehingga melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.