RM300 One-Off, Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0), Semak Kelayakan Disini

Pada 10 Jun 2021 yang lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor telah mengumumkan edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) dengan bayaran RM300 sekali bayar atau one-off kepada penerimanya.

Untuk makluman anda juga, Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan edisi ketiga Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) berjumlah lebih RM154.83 juta sebagai peruntukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apakah bentuk bantuan yang bakal diterima oleh rakyat Sabah selain daripada bayaran RM300 dan apakah kelayakan yang telah ditetapkan?

GOLONGAN SASARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN (BSP 3.0)

Mereka yang akan menerima bayaran itu antaranya ialah:

  • Penerima e-Kasih
  • Miskin tegar
  • Miskin
  • Anak yatim
  • Warga emas
  • Ibu tunggal
  • Petani
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Pemandu pelancong
  • Pemandu teksi
  • Penjaja kecil
  • Usahawan mikro dan kotej

SENARAI BANTUAN SABAH PRIHATIN (BSP 3.0)

Berikut adalah senarai Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah:

  • Bantuan one-off sebanyak RM300 kepada mereka yang layak
  • RM2,000 kepada pengusaha pelancongan
  • RM1,000 – RM5,000 untuk hotel dan penginapan
  • Pengecualian bayaran sewa selama 3 bulan untuk pengurusan PPR dibawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah memperuntuk sejumlah RM15.12 juta sebagai bantuan sekali beri kepada 16,153 penjaja kecil dan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan.
  • Kementerian Kerja Raya negeri akan turut memperuntuk RM1.15 juta untuk diagih kepada 3,855 penerima membabitkan pemandu bas, lori dan teksi serta institusi memandu dan pemandu bot selain pemohon baharu.
  • Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntuk RM500,000 bagi membantu 15,000 penerima di bawah program bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah.
  • Pejabat Tugas-Tugas Khas akan memperuntuk sebanyak RM1.5 juta sebagai bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta.

RM300 One-Off, Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0), Semak Kelayakan Disini

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH PRIHATIN BSP 3.0

Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, bayaran akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui lapan kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Sebarang makluman akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KENYATAAN MEDIA

RM300 One-Off, Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0), Semak Kelayakan Disini

Baca juga: Permohonan Rayuan BPR 2021 Dibuka Mulai 15 Jun 2021 & Ini Cara Membuat Rayuan Yang Anda Perlu Tahu

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Bantuan Sabah Prihatin (BSP 3.0) sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.