RM20 Rebat Pengangkutan Ke Pusat Vaksin Bagi Pengguna Grab Warga Emas Di Selangor. Semak Cara Mohon Disini
Pelbagai bantuan diberikan kepada rakyat negeri Selangor termasuk rebat pengangkutan kepada pengguna Grab bagi pengambilan vaksin Covid-19.
Rebat RM20 ini akan diberikan untuk tujuan pergi balik ke Pusat Pemberian Vaksin sahaja dan mestilah menggunakan pengangkutan Grab.
Semak syarat permohonan rebat RM20 Grab di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 dan buat pendaftaran mulai sekarang.
INFO RINGKAS REBAT RM20 GRAB KE PPV
Isi Kandungan
Rebat RM20 Grab ke PPV untuk warga emas diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Pakej Kita Selangor 2.0 untuk menggalakkan warga emas hadir ke pusat vaksinasi seterusnya menerima suntikan vaksin.
Inisiatif ini juga dilakukan bersama kerajaan negeri dan syarikat e-hailing Grab seperti diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
TARIKH PENDAFTARAN REBAT RM20
Tarikh pendaftaran rebat RM20 Grab warga emas ke PPV ialah:
- 20 Jun 2021
Pendaftaran akan ditutup pada: 29 September 2021
TEMPOH SAH PERJALANAN
Tempoh sah perjalanan Grab ke PPV adalah bermula:
- 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021
JUMLAH REBAT GRAB WARGA EMAS KE PPV
Jumlah rebat adalah sebanyak RM20 seperti berikut:
- RM10 tambang pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
- RM10 tambang balik dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk mendapatkan rebat RM20 Grab adalah seperti berikut:
- Warga Emas berumur 50 tahun ke atas
- Menetap di negeri Selangor
- Mempunyai akaun Grab sahaja
Mohon dengan segera kerana program ini terhad kepada 50,000 pemohon pertama yang memenuhi syarat serta telah membuat pengesahan di laman web PLATS.
TEMPOH GANJARAN DISKAUN
Setelah permohonan anda disahkan, anda akan mendapat ganjaran diskaun pada masa berikut:
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan rebat RM20 Grab warga emas, sila klik pautan berikut:
Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.