GKP 4.0 PEMULIH Dengan Bayaran Tambahan Sehingga RM1,000 Untuk Kelangsungan Perniagaan. Ini Cara Mohon
Memahami kesukaran semua golongan masyarakat akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP 3.0, kerajaan telah bersetuju menyediakan bayaran tambahan kepada mereka yang layak.
Bayaran tambahan GKP 4.0 yang disediakan adalah sebanyak RM1,000 dimana pembayaran akan dilakukan sebanyak 2 kali pada bulan September dan November nanti.
Perkara ini juga telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri melalui Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
INFO RINGKAS GKP 4.0 PEMULIH
Isi Kandungan
GKP 4.0 PEMULIH adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
TARIKH PERMOHONAN GKP 4.0
Permohonan boleh dibuat mulai:
- 15 Julai 2021
JUMLAH BAYARAN GKP 4.0 PEMULIH
Jumlah bayaran GKP 4.0 Tambahan PEMULIH adalah sebanyak:
- RM1,000
TARIKH BAYARAN GKP 4.0 PEMULIH
Tarikh bayaran GKP 4.0 PEMULIH adalah seperti berikut:
- RM500: September 2021
- RM500: November 2021
CARA MOHON GKP 4.0
Permohonan boleh dibuat secara online seperti berikut:
- Klik: https://gkp.hasil.gov.my
- Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad dan klik SEARCH.
- Klik butang Permohonan Baharu untuk memohon GKP 4.0.
- Klik OK dan masukkan maklumat anda dengan betul dan tepat.
- Isi CAPTCHA dan sahkan.
- Tandakan √ pada AKAUN PENGESAHAN sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
- Setelah permohonan anda berjaya, log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan.
Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP 4.0 Tambahan PEMULIH sila hubungi LHDNM di saluran berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.