Kelulusan Pergerakan Secara One-Off Kepada Individu Yang Bekerja Sendiri Sehingga 7 Julai
Mereka yang bekerja sendiri akan diberikan kelulusan pergerakan one-off sehingga 7 Julai 2021 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kelulusan tersebut adalah secara automatik.
Kelulusan ini kelulusan pergerakan one-off kepada pekerja sendiri yang tiada majikan seperti tukang paip, penyelenggara dan penjaja tepi jalan untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ini adalah berikutan lanjutan tarikh PKP Fasa Pertama yang bermula 29 Jun 2021 sehingga 12 Julai 2021.
Baca juga: Yang Ditunggu Telah Diumumkan! Inilah Senarai Terkini Bantuan PEMULIH Buat Semua Rakyat
KELULUSAN AUTOMATIK PERGERAKAN ONE-OFF
Isi Kandungan
Polis Diraja Malaysia telah memberikan kelulusan pergerakan secara automatik kepada pekerja sendiri yang tiada majikan kepada golongan berikut:
- Tukang paip
- Penyelenggara
- Penjaja tepi jalan
Manakala Bagi pergerakan selepas 7 Julai, di bawah Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tukang paip, penyelenggara, penjaja tepi jalan yang tiada majikan perlu mengemukakan permohonan pergerakan baharu daripada Polis Diraja Malaysia.
TEMPOH KELULUSAN PERGERAKAN
Kelulusan pergerakan akan diberikan untuk tempoh:
- 14 hari dan perlu dimohon semula apabila tamat.
Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
menasihati orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika berurusan di balai polis.
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA
Berikut adalah kenyataan media Ketua Polis Negara mengenai kelulusan pergerakan secara one-off:
Baca juga: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.