Pelbagai cara telah dilakukan untuk menggalakkan peningkatan pendaftaran imunisasi Covid-19 termasuklah pendaftaran di 47 kaunter cawangan Mydin di seluruh negara dengan tawaran-tawaran yang menarik juga disediakan.
Yang terkini pula, di Pulau Pinang, untuk menarik rakyat terus membuat pendaftaran vaksinasi, sebuah restoren terkenal telah menawarkan beriani ayam secara percuma kepada mereka yang telah melengkapkan 2 dos vaksin.
Tunggu apa lagi, dapatkan info seterusnya, lengkapkan 2 dos vaksin anda dan jangan lupa claim nasi beriani ayam ya!
TUJUAN TAWARAN MAKANAN PERCUMA
Isi Kandungan
Tujuan tawaran makanan percuma ini adalah sebagai:
- Satu inisiatif membantu menigkatkan pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
TARIKH TAWARAN
Promosi tawaran makanan beriani percuma adalah seperti berikut:
- 28 Jun 2021 sehingga 4 Julai 2021
- Jam 11 pagi sehingga 2 petang
LOKASI TAWARAN MAKANAN PERCUMA
Mereka yang telah melengkapkan 2 dos vaksin ini boleh hadir ke:
- 13 cawangan Restoren Sri Ananda Bahwan, Pulau Pinang
INFO RINGKAS TAWARAN MAKAN PERCUMA
Sepanjang promosi ini dijalankan, respons daripada pelanggan sangat menggalakkan dan telah mengedarkan hampir 500 pek percuma.
Malahan, pihak restoren mungkin akan meneruskan promosi seperti ini dari semasa ke semasa.
Mereka juga berharap dapat membantu menggalakkan dan memberi insentif kepada orang ramai untuk mendaftar vaksin Covid-19 kerana berdasarkan statistik kerajaan hanya 76% rakyat Pulau Pinang telah mendaftar setakat ini dan masih ramai lagi yang belum mendaftar di MySejahtera.
CARA DAFTAR VAKSIN MELALUI MYSEJAHTERA
Semak infografik ini untuk buat pendaftaran vaksin melalui MySejahtera anda:
Untuk lebih jelas, klik pautan ini dan buat pendaftaran dengan segera agar pandemik Covid-19 berakhir dengan lebih cepat.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.