Golongan Miskin Bandar & B40, Ini Cara Mohon 5 Inisiatif Dari Rumah Prihatin Grand Seasons & Yayasan Wilayah Persekutuan

Memahami masalah yang dihadapi oleh golongan miskin bandar dan golongan B40 yang terjejas pendapatan serta hilang pekerjaan akibat Covid-19, Kementerian Wilayah Prihatin dan Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur telah melaksanakan Program Rumah Prihatin @ Grand Seasons Kuala Lumpur.

Apakah 5 inisiatif tersebut? Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bantuan?

Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan info selanjutnya mengenai Program Rumah Prihatin @ Grand Seasons Kuala Lumpur dan Yayasan Wilayah Persekutuan ini.

Baca juga: Insentif Terkini Buat Penjaja, Usahawan & Belia Berniaga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan

5 INISIATIF UTAMA PROGRAM RUMAH PRIHATIN @ GRAND SEASONS KUALA LUMPUR

5 inisiatif utama Program Rumah Prihatin @ Grand Seasons Kuala Lumpur dan Yayasan Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:

  • Dapur Prihatin (DP): Dapur berpusat untuk menyediakan makanan percuma, 1,000 pek sehari kepada golongan gelandangan, fakir miskin, petugas barisan hadapan, musafir dan golongan yang tidak berkemampuan.
  • Bilik Penginapan Prihatin (BPP): 300 bilik penginapan hotel untuk manfaat golongan musafir, pelajar, individu-individu yang memerlukan penginapan sementara dan hanya membayar berdasarkan konsep BSM (Bayar Minimum Sekadar Mampu).
  • Klinik Kesihatan Mental Prihatin (KKMP): Khidmat klinik penjagaan kesihatan mental dan kaunseling yang dilaksanakan secara perseorangan dan kerahsiaan peribadi. Individu yang menerima perkhidmatan ini juga dijamin kerahsiaannya. Ia adalah perkhidmatan khas untuk mereka yang mengalami tekanan hidup akibat Covid 19. Kaunseling yang disediakan adalah oleh kaunselor berdaftar. Selain itu perkhidmatan kaunseling bagi menguruskan beban kewangan turut disediakan.
  • Khidmat Vaksinasi Prihatin (KVP): Perkhidmatan vaksinasi yang dijalankan untuk peniaga, penjaja, golongan yang kurang upaya, gelandangan dan mereka yang memerlukan bantuan khas. Pusat ini mampu menempatkan lebih 800 orang pada satu-satu masa dengan penjarakan sosial. Buat masa ini perkhidmatan vaksinasi secara mobil dilaksanakan melalui program MyMedic@Wilayah yang membenarkan pemberian 600 dos vaksin setiap hari.
  • Pusat Gerakan Jejak Prihatin (PGJP): Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo), Majlis Perwakilan Penduduk, AJK Surau Masjid, Persatuan Penduduk dan NGO-NGO akan dikoordinasikan untuk turun padang, menjejak dan menyantuni rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dan mengumpul maklumat aduan/ bantuan yang diperlukan samada berbentuk fizikal, mental mahupun kerohanian.

Golongan Miskin Bandar & B40, Ini Cara Mohon 5 Inisiatif Dari Rumah Prihatin Grand & Yayasan Wilayah Persekutuan

INFO RINGKAS PROGRAM RUMAH PRIHATIN @ GRAND SEASONS KUALA LUMPUR

  • Program RumahPrihatin@GrandSeasons merupakan satu inisiatif yang berkonsepkan hotel kebajikan untuk rakyat terkesan akibat covid-19 khususnya kepada warga wilayah persekutuan seperti golongan miskin bandar dan yang menghadapi tekanan kesihatan mental.
  • Program RumahPrihatin@GrandSeasons ini adalah salah satu platform kepada kementerian dan agensi untuk menghimpunkan, mengkoordinasi dan merawat para individu yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dilaksanakan secara bersama dengan sokongan para sukarelawan, persatuan atau korporat.​

  • Rumah Prihatin ini juga boleh menjadi sebuah pusat bagi pihak yang berkepentingan khususnya dalam usaha untuk membantu membaik pulih kesihatan mental para individu yang tertekan. Hal ini selaras dengan halatuju kementerian dan agensi agar rakyat dapat menggerakkan usaha ke arah yang sama, bagi membaikpulih keadaan darurat kesihatan, ekonomi, mental dan fizikal rakyat yang begitu terkesan akibat pandemik COVID-19.

FUNGSI PROGRAM RUMAH PRIHATIN @ GRAND SEASONS KUALA LUMPUR

Fungsi dan kepentingan penubuhan pusat Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons, di hadapan Hospital Besar Kuala Lumpur, Jalan Pahang  ini adalah seperti berikut:

  • Pusat untuk menangani masalah / aduan yang disampaikan oleh rakyat melalui program “Jejak Prihatin”.
  • One stop centre kepada sumber tenaga belia dan sukarelawan, menyelaras kegiatan kesukarelawanan;
  • Pusat untuk menyelaras pengumpulan dan pengagihan bantuan (Food Bank);
  • Pusat untuk menyelaras tugas-tugas perubatan program suntikan vaksinasi COVID-19, dan program saringan COVID-19 RTK-Ag;
  • Pusat untuk menyelaras pengurusan sanitasi awam;
  • Pusat untuk menyelaras pengurusan gelandangan; dan
  • Pusat untuk lain-lain program yang akan dilancarkan dari semasa ke semasa.

Baca juga: Kelas Digital SPM Yayasan Wilayah Persekutuan. Percuma Untuk Calon SPM 2021 Mulai 1 Jun 2021!

CARA MOHON/MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk permohonan dan sebarang maklumat serta pertanyaan lanjut mengenai Program RumahPrihatin@GrandSeasons boleh menghubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.