Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik Anak-Anak Veteran ATM Sehingga RM1,500 Seorang
Anak-anak veteran ATM yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Awam/Politeknik serta mengalami masalah kewangan di musim Covid-19 ini, boleh memohon Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik yang disediakan JHEV ATM.
Adakah anda layak untuk memohon Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM?
Semak syarat kelayakan dan dapatkan bantuan yang disediakan JHEV ATM sehingga RM1,500 disini.
Baca juga: Kadar Bantuan RM300 Sebulan Untuk Veteran ATM Melalui Skim Bantuan Sara Hidup
APA ITU SKIM BANTUAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA) / POLITEKNIK?
Isi Kandungan
Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM ialah:
- Bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik bagi anak-anak Veteran ATM.
- Sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:
- RM1,000: Pengajian peringkat Diploma.
- RM1,500: Pengajian peringkat Ijazah Pertama.
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM adalah:
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Kelayakan anak yang menyambung pelajaran:
- Umur bagi anak veteran ATM hendaklah tidak melebihi 23 tahun ketika pendaftaran / kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik.
- Dihadkan kepada Pelajar Universiti Awam (UA) dan Politeknik sahaja
- Pengajian yang diikuti hendaklah sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama.
- Semua kursus pengajian di IPT luar Negara TIDAK LAYAK dipertimbangkan
- Semua kursus pengajian professional* TIDAK LAYAK dipertimbangkan.
- Kursus yang berbentuk latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan adalah TIDAK LAYAK
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan bagi Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM ialah:
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh SETAHUN dari tarikh kemasukan / pendaftaran ke Universiti Awam / Politeknik
- Setiap anak hanya layak menerima satu bantuan sahaja sama ada di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama
- Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut: Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
- Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
- Semakan status permohonan boleh dibuat di: Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai Skim Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam (UA)/Politeknik JHEV ATM sila hubungi Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri atau di talian:
- Telefon: 03-2050 8000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.