Dah tamat belajar dan ingin menyambung pengajian semula? Tetapi ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN bagi kali kedua?
Bagi anda yang ingin membuat pinjaman PTPTN bagi kali kedua boleh membuat semakan syarat dan kelayakan terlebih dahulu sebelum anda membuat permohonan.
Apakah syarat dan kelayakan permohonan pinjaman PTPTN kali kedua yang ditetapkan? Semak sini.
SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN KALI KEDUA
Isi Kandungan
Syarat permohonan pinjaman PTPTN kali kedua ialah:
- Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
- Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang menamatkan pinjaman, gagal, berhenti pengajian terdahulu atau ingin menyambung peringkat pengajian yang sama.
- Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.
CARA MOHON PINJAMAN PTPTN KALI KEDUA SECARA ONLINE
Cara mohon pinjaman PTPTN kali kedua secara online ialah:
- Masukkan nombor kad pengenalan, kata laluan dan tekan butang Log Masuk. Pilih Menu Daftar Permohonan Baru Online.
- Klik Bayar dan teruskan dengan klik butang Bayar Dengan FPX.
- Pastikan terima dan simpan resit bayaran untuk rujukan anda.
4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN SECARA ONLINE
Antara 4 saluran pembayaran baharu PTPTN secara online adalah:
- Shopee
- kiplePay
- BESTPay
- KelantanPAY
Kerjasama strategik PTPTN dengan empat penyedia saluran bayaran secara dalam talian itu bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari.
Secara tidak langsung ia juga dapat membantu mengurangkan rantaian Covid-19 kerana kaedah bayaran secara dalam talian adalah salah satu cara yang terbaik untuk diadaptasi oleh orang ramai ketika ini.
Rujuk: 4 Saluran Baharu Bayaran Pinjaman PTPTN Secara Online. Mudah & Tak Perlu Ke Kaunter Lagi!
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pinjaman PTPTN kali kedua sila dapatkan di:
- http://www.ptptn.gov.my/
- Careline: 03 – 2193 3000
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.