Cari Kerja Ke Tu? Jom Daftar Untuk Temuduga Terbuka Melalui Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak
Temuduga terbuka secara online di negeri Perak?
Ya! Pencari kerja di negeri Perak yang sedang mencari kerja dipelawa untuk memohon pelbagai jenis jawatan melalui Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak.
Temuduga terbuka secara online Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak akan diadakan pada 7 Ogos 2021 dan daftar segera sebelum terlepas peluang yang terbuka buat anda.
INFO RINGKAS PROGRAM KARNIVAL KERJAYA UP 2.0 ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI PERAK
Isi Kandungan
Antara maklumat yang berkaitan dengan Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak yang perlu diambil perhatian oleh anda ialah:
- Tarikh: 7 Ogos 2021
- Hari: Sabtu
- Masa: 8 pagi – 1 petang
KAEDAH TEMUDUGA
Kaedah temuduga yang akan digunakan semasa temuduga terbuka Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak ialah:
- Secara online melalui Cisco Webex
SENARAI MAJIKAN TERLIBAT
Terdapat 10 majikan yang terlibat dengan temuduga terbuka Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak adalah seperti berikut:
- Mydin Mohamed Holdings Berhad
- Ad Catering And Canopy Sdn. Bhd
- Palaquin (M) Sdn Bhd
- Pesona Binaan (M) Sdn Bhd
- Pasaraya Segifresh Cash & Carry
- Hovid Bhd
- Pmw Industries Sdn Bhd
- Pl Victory Sdn Bhd
- Manis Leting Network Services
- Dynacare Sdn Bhd
PRA PENDAFTARAN
Calon yang ingin mengikuti temuduga secara online di Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak perlu membuat pra pendaftaran terlebih dahulu dipautan berikut:
- Lengkapkan borang pendaftaran.
- Submit permohonan anda.
SENARAI JAWATAN, KELAYAKAN & PENEMPATAN
Dapatkan senarai jawatan, kelayakan dan penempatan mengikut tawaran:
INSENTIF MOBILITI
Tahukah anda?
Insentif Mobiliti sehingga RM1,000 akan diberikan kepada individu yang baru mendapat pekerjaan dan terpaksa berhijrah dari kawasan penempatannya.
Ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan golongan belia untuk mencari pekerjaan dan merangsang pengambilan pekerja oleh majikan.
ELAUN MENCARI PEKERJAAN (EMP)
Selain itu, untuk menggalakkan para graduan, lepasan sekolah dan mereka yang hilang pekerjaan mencari pekerjaan, kerajaan telah menyediakan inisiatif berbentuk elaun iaitu Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300.
Dapatkan cara mendaftar dipautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai temuduga terbuka secara online Program Karnival Kerjaya UP 2.0 PERKESO Negeri Perak, sila hubungi:
- Encik Kamal: 019-279 1780
- Cik Ashvannie: 014-391 8640
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.