Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) telah mengumumkan bahawa permohonan Cabutan Sijil kelahiran kini boleh dilakukan secara dalam talian.
Jadi dengan pengumuman ini memberikan kelegaan kepada ibu bapa kerana tidak perlu keluar untuk membuat permohonan Cabutan Sijil kelahiran di kaunter JPN lagi.
Ibu bapa yang ingin membuat permohonan Cabutan Sijil kelahiran secara online boleh rujuk tutorial yang dikongsikan disini.
Baca juga: Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran
CARA MOHON CABUTAN SIJIL KELAHIRAN DI JPN SECARA ONLINE
Untuk membuat permohonan Cabutan Sijil kelahiran secara online, pastikan anda klik pada pautan berikut:
- Baca semua terma dan syarat yang telah disenaraikan.
- Klik SETUJU untuk meneruskan permohonan.
- Pilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris seperti berikut:*Ibu Bapa
*Adik-beradik
*Pasangan - Borang permohonan kategori Pemilik
- Borang permohonan kategori Waris
- Klik Cetak Slip Permohonan setelah permohonan yang berjaya didaftarkan.
- Jangan lupa, bawa slip permohonan yang telah dicetak dan bawa ke kuanter JPN untuk tuntutan.
- Klik OK untuk keluar.
Mudah, bukan? Jadi anda tidak perlu membuang masa untuk permohonan Cabutan Sijil Kelahiran kerana ianya boleh dilakukan secara online.
Hanya untuk proses seterusnya sahaja anda perlu hadir ke kaunter JPN dan urusan anda selesai.
Baca juga: JPN EServices: Permohonan Perkhidmatan JPN Secara Online. Semak Cara Permohonan Disini
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.