Nak Tahu Tak 4 Pakej Telekomunikasi Untuk Rakyat Sempena Hari Merdeka? Semak Disini Tau!
Sesuai dengan tema kemerdekaan kali ini iaitu Malaysia Prihatin, kerajaan Malaysia benar-benar prihatin dengan keadaan rakyat pada masa kini dalam mendepani pandemik Covid-19.
Oleh itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyenaraikan 4 tawaran Pakej Khas Untuk Rakyat Sempena Bulan Kebangsaan yang ke-64.
Nak tahu tak apakah 4 tawaran Pakej Khas Untuk Rakyat Sempena Bulan Kebangsaan yang ke-64 ini?
Baca juga: [Cara Mohon] Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN Nasional
INFO RINGKAS TAWARAN PAKEJ KHAS UNTUK RAKYAT SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Isi Kandungan
Tawaran Pakej Khas Untuk Rakyat Sempena Bulan Kebangsaan yang ke-64 kali ini sangat sesuai dengan tema kemerdekaan yang ke-64 kerana ianya selari dengan situasi yang dialami oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pandemik Covid-19 ketika ini.
MCMC dengan industri berkaitan berganding bahu dalam memastikan wujud keseimbangan antara melindungi nyawa dan kelangsungan hidup rakyat.
Oleh itu, MCMC serta industri telekomunikasi dan penyiaran telah menyediakan beberapa tambah nilai pakej untuk kemudahan rakyat pada masa kini.
4 TAWARAN PAKEJ KHAS UNTUK RAKYAT SEMPENA BULAN KEBANGSAAN
Apakah 4 Tawaran Pakej Khas Untuk Rakyat Sempena Bulan Kebangsaan ini?
Jom kita semak disini:
Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin
- Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf sebagai peranti mudah alih yang emnyokong 4G dan voLTE bermula dengan RM1.
- Syarikat yang ambil bahagian ialah:
*Celcom
*Digi
*Maxis
*Telekom Malaysia
*U Mobile
*YTL
Pemberian Data Harian
- Pengguna akan menerima pemberian data harian sebanyak 1GB oleh syarikat telekomunikasi kepada semua pelanggan sehingga 31 Disember 2021.
- Lanjutan inisiatif Learn From Home (LFH) oleh YTL dalam menyokong sistem pendidikan sehingga 31 Disember 2021.
Jaringan Prihatin
- Sokongan berterusan bagi pakej Jaringan Prihatin yang dilanjutkan sehingga 30 September 2021 untuk golongan B40
Akses Tontonan Percuma
- Pelanggan Asro dan Unifi akan menerima akses tontonan percuma beberapa saluran premium terpilih .
- Astro 25 di saluran 100 secara percuma yang berkaitan dnegan kandungan tempatan seperti pengorbanan, semangat patriotik serta kejayaan yang telah Malaysia kecapi.
Semoga pakej-pakej yang ditawarkan ini dijangka memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.
Ini karana rakyat Malaysia sedang melalui perubahan norma baharu dalam bidang:
- Pendidikan
- Pekerjaan
- Pelbagai sektor
Serta meringankan beban perbelanjaan para pengguna semasa pandemik Covid-19 kali ini.
KENYATAAN MEDIA
Berikut adalah kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh MCMC untuk rujukan anda:
Baca juga: Tawaran Diskaun 70% Untuk Semua Saman JPJ Sepanjang Bulan Kemerdekaan, Malaysia Prihatin
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.