Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Cara Mohon] Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN Nasional

2,139

Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib para usahawan di negara ini yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 sehingga ada yang terpaksa gulung tikar akibat terpaksa menutup perniagaan mereka.

Prihatin dengan nasib usahawan mikro terutamanya, pihak TEKUN Nasional mempelawa para usahawan untuk memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).

Permohonan adalah secara online dan semak syarat kelayakan seperti yang dikongsikan disini.

INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah:

  • Pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 bagi membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.

Baca juga: RM300 One-Off Agihan Khas Zakat LZNK Asnaf Care Covid-19 Dilanjutkan. Semak Cara Permohonannya Disini

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Usahawan baru: RM1,000 hingga RM 10,000
  • Usahawan TEKUN sedia ada: RM1,000 hingga RM20,000

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah seperti berikut:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
  • Mempunyai lesen / permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Daftar Perniagaan ( SSM )
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000
  • Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah

SEKTOR PERNIAGAAN LAYAK MOHON

Antara sektor perniagaan yang layak untuk mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) ialah:

  • Peruncitan
  • Perkhidmatan
  • Pembuatan
  • Kontraktor kecil
  • Perniagaan atas talian (online)
  • Pertanian
  • Perusahaan asas tani

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN

Usahawan mikro yang ingin memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) boleh dapatkan cara-cara mohon seperti berikut:

[Cara Mohon] Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN Nasional

  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.
  • Seterusnya Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
  • Masukkan maklumat perniagaan anda dan Hantar permohonan anda.

CBRM 2.0 TEKUN Nasional

Baca juga: Cara Mohon BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa Golongan OKU, Pembiayaan Sehingga RM50,000. Ansuran Bulanan Termasuk Moratorium Selama 6 Bulan!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) sila dapatkan disaluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...