Jom Makan Secara Sihat! Ini Resepi Ikan Talapia Bakar Kunyit. Boleh Cuba Untuk Makan Tengahari
Ramai yang semakin sedar bahawa menjaga pemakanan sangat penting untuk lebih sihat dan cergas.
Ada yang mencuba pelbagai jenis gaya diet untuk mendapatkan berat badan yang ideal tetapi tidak berjaya. Mengapa? Ini kerana kebanyakan daripada anda tidak menjaga pemakanan kerana 80% untuk dapatkan berat badan yang ideal dan badan yang cantik adalah daripada makanan yang anda makan tau!
Jadi, disini dikongsikan resepi ikan talapia bakar kunyit untuk anda dan semoga ia membantu anda mendapatkan berat badan yang anda idamkan!
KHASIAT IKAN TALAPIA
Isi Kandungan
Mesti ramai yang tidak tahu khasiat talapia kan? Jom kita ambil tahu 4 khasiat ikan talapia buat kita.
1. Sumber Vitamin dan Mineral Yang Baik
- Ikan ini mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita seperti omega-3, selenium, kalium, niacin dan lain-lain.
- Ikan talapia juga mempunyai nutrien vitamin B12 yang baik untuk kesihatan manusia.
2. Kandungan Protein Yang Tinggi
- Ikan talapia mempunyai kandungan protein yang tinggi sama seperti ayam.
- Kajian menunjukkan bahawa ikan talapia secara umumnya mengandungi enam kali lebih banyak protein berbanding dengan susu.
- Jika anda tidak menggemari ayam, bolehlah makan ikan talapia untuk menggantikan sumber protein anda.
3. Kandungan Kalsium Yang Banyak
- Anda juga boleh mendapatkan kalsium dengan memakan ikan talapia.
- 100-gram ikan talapia mengandungi 10 miligram kalsium iaitu hampir banyak dengan kandungan kalsium di dalam ikan tuna.
4. Mempunyai Khasiat Zat Besi
- Walaupun kebanyakan ikan di pasaran tidak mempunyai kandungan zat besi yang banyak, namun ikan talapia ialah salah satu spesis ikan yang mampu memberikan nutrien zat besi kepada badan kita.
- Zat besi amat diperlukan di dalam sel darah merah kita untuk mengangkut oksiden ke seluruh tubuh badan.
RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR KUNYIT
Mudah sahaja untuk menyediakan ikan talapia bakar kunyit dan bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Bahan-bahan
- Ikan talapia
- Kunyit hidup
- Sedikit garam
- Daun pisang untuk melapik
- Ikan
- Kunyit hidup
- Sedikit garam
- Daun pisang untuk melapik
Bahan Sambal Hijau
- 2 ulas kecil bawang putih
- ½ inci gula melaka
- 3- 4 tangkai cili burung
- 1 akar ketumbar beserta batang
- Air perahan lemon/limau nipis
- Sedikit serbuk perasa
- Hirisan daun ketumbar
Bahan Sambal Kicap
- ½ biji tomato (dipotong dadu)
- 2-3 tangkai cili burung
- Sedikit bawang merah (dihiris)
- Sedikit daun bawang (dicincang)
- Kicap manis
Cara Penyediannya
Cara penyediaanya pula adalah seperti berikut:
- Lumurkan ikan talapia dengan garam dan kunyit hidup yang ditumbuk lumat.
- Lapikkan daun pisang di bahagian bawah untuk mengelakkan ikan daripada hangit dan menaikkan aroma yang lebih wangi.
- Seterusnya bakar ikan talapia dan api jangan terlalu kuat.
- Sambil menunggu ikan talapia bakar masak, anda boleh membuat penyediaan sambal terlebih dahulu.
Penyediaan Sambal Hijau
- Untuk sambal hijau, tumbuk bawang putih, gula melaka, cili padi dan akar ketumbar hingga 80% lumat.
- Masukkan air perahan lemon atau limau nipis.
- Tambahkan serbuk perasa dan hirisan daun ketumbar. Ketepikan.
Penyediaan Sambal Kicap
- Untuk sambal kicap, masukkan semua bahan dan sesuaikan kuantiti.
- Tekan dengan sudu sedikit supaya jus bawang, tomato dan cili keluar. Ketepikan.
Jangan lupa dengan ikan talapia bakar anda ya! Angkat ikan talapia bakar yang telah dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Baca juga: Snacking Food Untuk Pesakit Diabetis? Ini 7 Jenis Kudapan Manis Yang Sesuai Buat Anda
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.