Boleh Ke Temuduga Melalui Whatsapp? Boleh & Ini Tips Berguna Untuk Calon Amalkan

Kedengaran agak pelik apabila bakal majikan atau wakil syarikat menyatakan untuk membuat temuduga kepada calon hanya melalui platform Whatsapp sahaja.

Tak perlu rasa pelik kerana zaman sekarang pelbagai platform digunakan untuk menemuduga calon dan calon juga tidak perlu keluar untuk hadir temuduga. Hanya duduk dirumah dan buat persediaan sahaja.

Apa persediaan dan tips untuk menghadapi temuduga secara whatsapp?

APA ITU WHATSAPP?

Semua orang tahu apa itu aplikasi whatsapp bukan? Boleh dikatakan semua orang menggunakan aplikasi ini untuk menghantar mesej kepada rakan yang lain.

Ini kerana platform yang digunakan ini adalah percuma dan menggunakan data internet sahaja.

Melalui aplikasi ini, anda boleh membuat penghantaran mesej melalui teks, penghantaran mesej melalui peti suara dan panggilan video.

Baca juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

WhatsApp loses millions of users after terms update | WhatsApp | The  Guardian

TIPS TEMUDUGA MELALUI WHATSAPP

Mungkin anda telah membuat permohonan kerja melalui whatsapp sebelum ini. Jadi, kemungkinan besar juga wakil syarikat berminat untuk membuat temuduga melalui whatsapp juga secara persetujuan dengan anda.

Sebelum temuduga wakil syarikat akan menelefon atau menghantar mesej dengan anda untuk menetapkan beberapa perkara seperti berikut:

Tetapkan Tarikh

  • Wakil syarikat akan menghubungi anda untuk membuat tetapan tarikh temuduga. Anda boleh ‘deal’ tarikh dengan wakil syarikat sekiranya terdapat masalah pada tarikh tersebut.

Masa

  • Pastikan masa yang ditetapkan sesuai untuk ditemuduga. Sekiranya tidak boleh, anda boleh nyatakan tarikh baharu kepada wakil syarikat.

Dokumen 

  • Calon perlu bertanya kepada wakil syarikat dokumen apa yang diperlukan sebelum atau semasa temuduga.
  • Sama ada dokumen perlu dihantar sebelum atau selepas temuduga untuk semakan penemuduga nanti.

TIPS TEMUDUGA

Untuk temuduga, anda boleh dapatkan tips yang dikongsikan ini agar proses temuduga secara whatsapp berjalan dengan lancar.

Kebiasannya, temuduga melalui whatsapp akan dilakukan secara video call. Apa persediaan yang anda boleh lakukan?

Salam & Aluan

  • Berikan salam kepada wakil syarikat dan penemuduga semasa temuduga dijalankan.
  • Gunakan kata panggilan seperti Cik/Puan/Tuan/Encik atau panggilan yang sesuai kepada penemuduga.
  • Buat sedikit kajian tentang syarikat dan ketahui siapakah penemuduga anda. Mungkin Dato CEO yang menjadi panel penemuduga pada hari tersebut.

Internet

  • Pastikan talian internet adalah dalam keadaan yang baik kerana penemuduga akan membuat panggilan video dengan calon.

Penampilan

  • Pakai pakaian dengan kemas seperti mana anda hadir temuduga secara bersemuka. Jangan pakai pakaian diatas sahaja. Pakai pakaian dengan lengkap dan berseluar.
  • Kadangkala panel penemuduga akan meminta calon untuk bangun dan menyampaikan sesuatu mengikut kehendak mereka.

Tempat & Ruang

  • Pastikan ruang dan tempat adalah selesa. Keadaan semasa temuduga mestilah sunyi dan terang tanpa sebarang gangguan.
  • Elakkan kawasan yang gelap atau bilik yang bersepah.

Ekspresi Wajah

  • Jangan biarkan wajah anda tanpa sebarang solekan. Risau pula nanti wajah anda terlalu pucat dan tidak menarik perhatian wakil syarikat pula.
  • Senyum dan jangan terlalu serius wajah anda. Faham anda gemuruh, tapi belajar untuk senyum agar penampilan anda nampak lebih ceria dan tidak tegang.

Intonasi Suara

  • Gunakan intonasi suara dengan betul.
  • Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu kuat. Ikut situasi dan lontarkan suara anda dengan betul.

Bahasa Badan

  • Gunakan bahasa badan yang betul ya!
  • Kurangkan pergerakan badan dan tangan tanpa tujuan. ia boleh merimaskan penemuduga anda.
  • Pandang tepat pada mata penemuduga dan senyum.

Penutup

  • Akhir sekali ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan sila bertanya apakah perkara seterusnya yang perlu anda lakukan.
  • Tutup aplikasi dengan betul dan jangan tinggalkan sesi akhir temuduga begitu sahaja.

Dah dapat tips temuduga secara whatsapp kan? Jadi selepas ini anda tidak perlu merasa pelik dan lalui proses temuduga dengan tenang dan confirm temuduga anda lulus dengan cemerlang!

Semoga berjaya!

Baca juga: Jangan Taip “PM”/”DM” Pada Iklan Jawatan Kosong Di Facebook Atau Di Instagram. Buat Ini Untuk Mohon

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.