3 Proses Membeli Kenderaan Yang Di Lelong Serta 3 Tips Berkaitan Kos. Ambil Tahu Kalau Nak Beli Kenderaan Lelongan JPJ
Bukan semua kenderaan yang dilelong teruk kondisinya, malah anda yang berada dalam keadaan yang cantik dan anda tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk membaik pulih.
Kalau anda berminat untuk membeli kenderaan yang dilelong oleh JPJ atau mana-mana jabatan, pastikan anda mengetahu serba sedikit proses yang dilakukan ketika proses lelongan.
Ambil tahu juga mengenai tips untuk mengurangkan kos membaiki kenderaan yang dibeli tak kisahlah sama ada kereta atau motorsikal yang telah anda miliki setelah berjaya dalam proses lelongan.
LELONGAN KENDERAAN
Isi Kandungan
Kalau anda nak tahu, bukan sekadar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja yang membuat lelongan kereta sahaja, tetapi Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga ada membuat lelongan kenderaan yang sedia ada sebelum ia dilupuskan.
Kenderaan yang dilelong bukan sekadar hanya kereta tetapi mereka juga membuat lelongan motorsikal serta pelbagai kenderaan yang ada dengan harga mampu milik oleh pembeli.
Baca juga: Pastikan Anda Guna 5 Tips Berguna Ini Untuk Membeli Motorsikal Terpakai. Dijamin Berbaloi!
3 PROSES MEMBELI KENDERAAN LELONG
Terdapat 3 proses yang anda perlu tahu untuk membeli kenderaan lelong seperti berikut:
SEBELUM MASUK BIDAAN
- Dapatkan maklumat berkaitan senarai kenderaan dan tarikh lelongan dilaman web yang membuat tawaran lelongan.
- Buat pemeriksaan kenderaan agar kenderaan yang akan dibida berada dalam keadaan yang memuaskan dan nombor siri kenderaan dan nombor siri enjin adalah sama seperti yang termaktub di salinan geran kenderaan berkenaan.
HARI LELONGAN
- Sediakan deposit seperti yang dikehendaki sekiranya anda berpuashati dengan keadaan kenderaan yang ingin dibeli.
- Ambil tahu syarat yang ditetapkan dan jumlah deposit adalah berbeza untuk kereta dan motor.
- Serahkan deposit untuk membolehkan pembida memasuki lelongan.
- Kad bidaan bernombor akan diserahkan selepas anda membuat pendaftaran.
- Tunggu kenderaan yang anda minat untuk lelongan.
BERJAYA DALAM BIDAAN
- Satu dokumen kontrak akan diserahkan kepada anda sekiranya berjaya dalam bidaan.
- Maklumat yang terdapat dalam dokumen kontrak tersebut ialah: Harga yang dimenangi dan baki yang perlu dijelaskan.
- Wang deposit akan dikembalikan sekiranya bidaan tidak berjaya.
- Buat pemeriksaan kenderaan di PUSPAKOM secara onsite dengan bayaran yang ditetapkan.
- Kenderaan yang tidak lulus PUSPAKOM, pembida boleh membuat tuntutan kembali deposit yang telah dibayar.
- Bawa dokumen bersama pemilik baru ke JPJ untuk tujuan pertukaran nama dengan memastikan kenderaan berkenaan telah diinsurans ke nama pemilik baru sebelum geran dan cukai jalan dikeluarkan oleh pihak JPJ.
TIPS KURANGKAN KOS MEMBAIKI KENDERAAN LELONG
Terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan ini agar anda dapat mengurangkan kos setelah membawa pulang kenderaan yang telah anda berjaya dapatkan.
1. SEMAK HARGA PASARAN
- Buat semakan harga pasaran kenderaan sebelum membuat bidaan kenderaan yang dilelong.
- Pastikan harga kenderaan yang dilelong tidak melebihi harga pasaran.
2. BAWA ORANG MAHIR ENJIN
- Jangan lupa bawa bersama rakan atau mereka yang mahir mengenai enjin kenderaan agar anda tidak mengeluarkan duit yang banyak untuk membaiki kenderaan tersebut.
- Check kenderaan anda dan pastikan ia tidak mengalami kerosakan yang kritikal.
3. ANGGARAN KOS
- Anda boleh menyediakan kos untuk caj elongan, pertukaran nama, insuran baru, kos runner untuk Puspakom dan JPJ bermula RM1,500 untuk kenderaan yang cc kecil.
- Untuk motorsikal pula, anda boleh menyediakan wang bermula RM800 sahaja.
Ingat, tiada pinjaman boleh dibuat selepas anda menang dalam bidaan dan selesaikan bayaran penuh dalam tempoh 14 hari selepas anda memenangi bidaan lelongan kenderaan.
Baca juga: Berbaloi Ke Beli Rumah Lelong? Ini 6 Tips Beli Rumah Lelong & Kelebihannya
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.