Ada Lori 3 Tan Tapi Jarang Bergerak? Join Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur & Jana Pendapatan Anda
Usahawan yang terjejas pendapatan sehingga tidak dapat membuat perniagaan semasa pandemik Covid-19 yang lepas dipelawa untuk memohon Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur bagi menjana pendapatan.
Anda juga perlu lulus syarat yang ditetapkan dan pelbagai keistimewaan sedang menanti anda.
Apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh PKPS untuk pemilik lori panel 3 tan untuk mengikuti Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur ini?
INFO RINGKAS SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR
Isi Kandungan
Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur adalah bertujuan untuk membantu usahawan untuk:
- Berdaya maju untuk menceburi bidang perniagaan secara trak bergerak (mobilepreneur) khususunya dalam perniagaan peruncitan menjual hasil pertanian segar seperti sayuran, buah-buahan dan hasil ternakan.
Baca juga: Smart Automation Grant 2021 (SAG) Sehingga RM200,000 & Mohon Sebelum 25 September Ini
SYARAT-SYARAT ASAS SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR
Syarat-syarat asas untuk permohonan Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur ialah:
- Warganegara dan Bumiputera
- Berumur 18 hingga 60 tahun
- Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
- Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
- Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa tempatan (PBT)
- Menjalankan perniagaan sepenuh masa
SYARAT-SYARAT KHUSUS SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR
Anda juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan oleh PKPS seperti berikut:
- Mempunyai lori panel 3 tan
- Hak milik persendirian
- Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah dan belum tamat tempoh
- Lori hendaklah lulus ujian PUSPAKOM
KELEBIHAN SKIM PKPS PRIHATIN MOBILEPRENEUR
Apa pula kelebihan sekiranya menyertai Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur?
Kelebihannya ialah:
- PKPS akan membuat wrapping logo PKPS Prihatin pada panel lori.
- PKPS akan menyediakan hasil jualan secara berjadual.
- Peniaga/usahawan akan mendapatkan komisen dari hasil jualan secara keseluruhan kutipan harian.
CARA MOHON
Untuk memohon Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur, sila hubungi Bahagian Pemasaran Kumpulan PKPS berikut:
- Tuan Haji Fazir: 012-674 4745
- Encik Md Saad: 017-574 7674
Baca juga: Sarawak Berikan Pengecualian Bayaran Sewa Kepada PKS Selama 6 Bulan & Diskaun 50% Sewa HDC
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sila ajukan pertanyaan anda mengenai Skim PKPS Prihatin Mobilepreneur, di talian:
- 03-5519 2621
- https://www.pkps.gov.my/ms/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.