Cara Mohon RM300 Bantuan One-Off Covid-19 Penjaja & Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh

Kerajaan negeri Perak telah menyediakan satu inisiatif yang berbentuk Bantuan One-Off untuk penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh.

Bantuan One-Off ini telah dibuka pada 7 Ogos yang lalu dan anda yang belum lagi membuat permohonan boleh berbuat demikian secara online sebelum tarikh tutup permohonan.

Dapatkan cara membuat permohonan disini beserta info selanjutnya dan semoga permohonan anda diluluskan agar ia dapat membantu anda meneruskan perniagaan dengan lancar.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN ONE-OFF PENJAJA & PENIAGA KECIL

Tujuan utama pemberian Bantuan One-Off penjaja dan peniaga kecil adalah:

  • Meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Baca juga: Diskaun Kadar Kompaun Tempat Letak Kereta Sehingga 80% Selama Setahun Majlis Perbandaran Kuala Langat

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF PENJAJA & PENIAGA KECIL MAJLIS BANDARAYA IPOH

Untuk pengetahuan anda, permohonan Bantuan One-Off penjaja dan peniaga kecil telah dibuka mulai:

  • 7 Ogos 2021

Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan secepat mungkin sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 30 September 2021

JUMLAH BAYARAN BANTUAN ONE -OFF PENJAJA & PENIAGA KECIL

Berapa pula jumlah bayaran Bantuan One-Off yang akan diterima oleh penjaja dan peniaga kecil?

Jumlah bayarannya adalah sebanyak:

  • RM300.00 sekali bayar

DOKUMEN DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk menerima bayaran Bantuan One-Off Penjaja dan Peniaga Kecil ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui pautan ini:

Cara Mohon RM300 Bantuan One-Off Covid-19 Penjaja & Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh

  • Isikan semua maklumat dan muat naik dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan pemohon dan penyata/buku bank yang aktif.
  • Kemukakan nombor telefon yang terbaru dan aktif untuk memudahkan proses untuk dihubungi.
  • Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen akan memudahkan proses permohonan dan kemasukan wang bantuan one-off.
Nota: Pemohon tidak di benarkan membuat permohonan melalui “walkin” atau datang ke pejabat MBI. Sebarang permohonan melalui kaedah ini TIDAK AKAN DILAYAN.
Pemohon yang telah memohon dan telah menerima bantuan dari PBT yang lain adalah tidak layak memohon dengan MBI.

CARA BAYARAN BANTUAN

Bantuan akan diberikan kepada penjaja dan peniaga kecil secara:

  • Kredit terus ke akaun penjaja dan peniaga kecil yang layak.

Permohonan Bantuan One-Off Penjaja & Peniaga Kecil RM300 MBI

Baca juga: 3 Langkah Mudah Mohon Pembiayaan Perniagaan PUNB Sehingga RM10 Juta Semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan One-Off Covid-19 Penjaja dan Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di:

  • Talian Hotline MBI: 05-205 8047 (Waktu pejabat sahaja)
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.