Kit Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan PERKESO & Cara Majikan Mohon

Majikan yang ingin mendapatkan Kit Program Ujian Saringan Covid-19 PERKESO boleh mendapatkan cara permohonan melalui perkongsian ini.

Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan adalah satu kemudahan yang disediakan kepada majikan bagi mendapatkan kit ujian saringan untuk setiap pekerja masing-masing.

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Kit Program Ujian Saringan Covid-19 Fasa Pemulihan PERKESO ini?

INFO RINGKAS PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN PERKESO

Apa itu Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO ini?

  • Merupakan program yang dibangunkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membekalkan Rapid Test Kit (RTK) Antigen kepada majikan susulan pembukaan semula sektor ekonomi semasa Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO Bagi Pekerja Positif Covid-19

TARIKH PELAKSANAAN & PERMOHONAN

Tarikh pelaksanaan dan permohonan untuk Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO telah bermula pada:

  • 6 September 2021

SYARAT KELAYAKAN

Apa pula syarat kelayakan untuk majikan ikuti Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO?

  • Program ini terbuka kepada semua majikan yang aktif mencarum dengan PERKESO di mana semua pekerja termasuk pekerja asing adalah layak berdasarkan semakan caruman pekerja dalam Portal ASSIST PERKESO.

LANGKAH PERMOHONAN PROGRAM UJIAN SARINGAN COVID-19 FASA PEMULIHAN PERKESO

Majikan yang ingin membuat permohonan program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO - Laman Utama / Home

  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik Register. Gunakan emel yang telah anda daftarkan di ASSIST PERKESO untuk mempercepatkan proses pendaftaran.
  • Buat permohonan setelah pendaftaran anda berjaya.
Nota: Bekalan kit ujian akan diterima dalam tempoh sepuluh 10 hari dan menyelaraskan ujian saringan COVID-19 bersama klinik dan hospital yang telah dipilih.
Permohonan kit ujian hanya dibenarkan sekali sahaja bagi satu kod majikan.
Sekiranya bilangan kit ujian yang ingin dimohon melebihi bilangan pekerja yang layak, majikan hendaklah mengemaskini jumlah pekerja dan caruman di portal ASSIST PERKESO.
Pekerja yang pernah menjalani saringan di bawah mana-mana Program Saringan COVID-19 PERKESO seperti Program Saringan Prihatin (PSP) dan Program Saringan COVID-19 Pekerja Asing (PSPA) sebelum ini, masih layak untuk menerima kit ujian di bawah program ini.
Penghantaran bekalan kit ujian boleh dibuat berdasarkan lokasi-lokasi yang ditentukan oleh majikan.

KOS UJIAN SARINGAN & LOKASI

Untuk ujian saringan ini, pekerja tidak perlu mengeluarkan sebarang kos kerana ianya ditanggung oleh majikan masing-masing.

Manakala ujian saringan pula boleh dilaksanakan di mana-mana hospital, klinik atau ditempat kerja masing-masing.

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Ujian Saringan COVID-19 Fasa Pemulihan oleh PERKESO melalui saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.