Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) Naik RM1,000

1,974

Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada mengalami pelbagai jenis bencana alam sehingga mengakibatkan ramai yang kehilangan punca pendapatan.

Berikutan hal yang demikin, kerajaan bersetuju untuk memberikan pelbagai jenis bentuk bantuan untuk membantu mereka yang terkesan akibat bencana yang dialami.

Malah, kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terlibat.

Baca juga: Permohonan Bantuan Tabung COVID-19 JKM NADMA RM100 Dilanjutkan. Terima Bantuan Bekalan Makanan Asas Seluruh Negeri

KADAR KENAIKAN BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Selepas ini mangsa atau Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas serta terkesan ketika Monsun Timur Laut atau lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM1,000

Terdahulu, bayaran kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau lain-lain bencana telah menerima bayaran sebanyak:

  • RM500
Nota: Bantuan Wang Ihsan (BWI) bukanlah satu bentuk pampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda dialami mangsa, tetapi mengurangkan beban ditanggung.
Kadar bantuan wang ihsan dinaikkan kepada RM1,000

TUJUAN KENAIKAN KADAR BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Kenaikan kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) ini adalah bertujuan:

  • Perkara itu dicapai menerusi Mesyuarat JPBP dipengerusikan Perdana Menteri pada 13 September 2021 sebagai membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.
  • Usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal November ini sehingga penghujung Mac 2022 melibatkan negeri-negeri seperti Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak.

INFO BERKAITAN

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah dan mengumumkan:

  • Peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada negeri Sabah berjumlah RM 18,241,250 bertujuan melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat terjejas sentiasa dipelihara.
  • Peruntukan itu bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), Pembelian 2,500 unit C-Tent (RM 961,250), Operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri(RM 20,000), Operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000) dan Pengurusan operasi Covid-19 di negeri Sabah (RM16,000,000).
  • Pendekatan baharu lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan ialah pembangunan Sistem e-Sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada mangsa bencana.
  • Bantuan perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat/negeri/daerah supaya penyelarasan bantuan dapat dilakukan lebih lancar dan sistematik.
  • Badan sukarela yang ingin melakukan pergerakan menghantar bantuan, perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat/negeri/daerah terlebih dahulu memandangkan jawatankuasa peringkat tempatan lebih arif dengan kehendak dan keperluan mangsa di kawasan terjejas.

“Bersesuaian dengan semangat Keluarga Malaysia juga, orang ramai turut  dinasihatkan supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk  terhadap jiran dan rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti,  untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KENYATAAN MEDIA

Image

Image

Image

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

NADMA Malaysia on Twitter: "Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA merupakan bantuan one-off RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 Sila Klik Link Untuk Muat Naik

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...