Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

Menteri Kesihatan telah memaklumkan bahawa anak-anak remaja yang berumur 12 tahun hingga 17 tahun sudah boleh divaksin sebagai langkah awal pemberian vaksin kepada remaja.

Ini adalah kerana sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi dan remaja ini juga boleh hadir secara walk-in untuk tujuan vaksinasi.

Bagaimana pula untuk membuat pendaftaran vaksinasi remaja melalui Portal Vaksin Anakku seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? Anda boleh dapatkan cara-cara untuk mendaftar anak-anak anda seperti yang dikongsikan disini.

INFO VAKSIN REMAJA

KKM menawarkan pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 dan 17 tahun, yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.

Program ini juga mensasarkan murid di sektor pendidikan swasta, remaja dalam institusi perlindungan dan pemulihan serta remaja dalam komuniti seperti remaja gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.

Jenis vaksin yang akan digunakan adalah Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech. Vaksin itu sudah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Dua dos suntikan akan diberikan kepada remaja manakala proses pemberian akan dilakukan melalui beberapa kaedah.

Baca juga: Terlupa Kata Laluan MySejahtera, Ini Cara Setkan Semula Password Anda

3 KAEDAH VAKSINASI REMAJA

Terdapat 3 kaedah vaksinasi yang akan dijalankan untuk remaja iaitu:

JANGKAU LUAR (OUTREACH)

  • Dijalankan di sekolah atau institusi secara berjadual dan pemberian vaksin akan dibuat oleh Pasukan Pelaksana Vaksinasi yang terdiri daripada kakitangan kesihatan , pengamal perubatan swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perubatan.

KOMORBID

  • Khusus untuk remaja dengan komorbid dengan mereka perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.

TEMUJANJI

  • Remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu atau bapa atau penjaga, mereka akan diberikan temujanji ke klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.

CARA DAFTAR DI PORTAL VAKSIN ANAKKU

Hanya terdapat 3 cara sahaja untuk mendaftar anak anda di Portal Vaksin Anakku iaitu:

Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

  • Manakala ibu bapa/penjaga bagi setiap remaja ini pula perlu mendaftar di aplikasi MySejahtera.
  • Seterusnya ibu bapa/penjaga pula perlu menyerah borang persetujuan vaksinasi kepada pihak sekolah.

Jadi, ibu bapa/penjaga yang bersetuju anak-anak atau tanggungan untuk divaksinasi, perlu hadir ke sekolah untuk menyerah borang dan melihat sendiri proses vaksinasi yang akan dijalankan kepada anak-anak.

TATACARA PEMBERIAN VAKSIN REMAJA

Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

Baca juga: Orang Selangor! Ini 4 Cara Mudah Akses Sijil Vaksinasi SELANGKAH Jika Daftar Vaksin Tanpa MySejahtera

Cara Daftar Anak Anda Di Portal Vaksin Anakku Bagi Remaja Umur 12 Hingga 17 Tahun (PICK Remaja)

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.