Jangan Berikan Jawapan Ini Kalau Tak Nak Gagal Interview. Tukar Dengan Jawapan Ini Tau!

Terdapat pelbagai teknik untuk menjawab soalan-soalan yang mudah tetapi agak sukar untuk dijawab tanpa mengatakan TAK TAHU kepada penemuduga anda.

Selain tidak tahu, anda juga tidak digalakkan untuk memberikan jawapan yang biasa-biasa sehingga membosankan penemuduga tanpa sebarang kelainan daripada calon yang sebelum ini.

Nak tahu tak apakah jawapan yang sesuai dan lain daripada orang lain sehingga HR dan majikan rasa tertarik untuk mengambil anda bekerja bersama mereka?

JANGAN JAWAB BEGINI

Isi Kandungan

Untuk pengetahuan anda, HR atau panel penemuduga sangat bosan dengan jawapan yang biasa mereka dengar daripada calon temuduga. Bagaikan tiada penambahbaikan dan semuanya sama sahaja.

Jangan jawab begini sekiranya anda mendapat soalan berikut:

1. Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri anda?

Jawapan: Nama saya Ali. Saya berumur 20 tahun dan tinggal di Kampung Bunga. Saya tinggal bersama ibu, bapa dan adik sahaja. Hobi saya main game mobile legend.

2. Apakah kelemahan yang ada pada anda?

Jawapan: Kelemahan diri saya adalah mudah putus ada sekiranya tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau gagal dalam projek yang diberikan. Jadi, saya lebih rela tidak diberikan sebarang projek untuk diselesaikan.

3. Anda ada apa-apa soalan untuk ditanya?

Jawapan: Saya nak tanya boleh? Kalau saya diterima bekerja disini, boleh ke gaji saya dinaikkan selepas 3 bulan bekerja? Gaji ditawarkan tak cukuplah Tuan.

Apa yang anda rasa sekiranya anda sebagai panel penemuduga mendapat jawapan seperti ini?

JAWAB BEGINI

Kalau anda pun rasa sakit hati dengan jawapan yang diberikan walaupun sebagai contoh, apalagi panel penemuduga!

Sebaliknya anda berikan jawapan yang tepat dan padat serta menunjukkan bahawa anda adalah calon yang dicari oleh majikan pada masa kini.

1. Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang diri anda?

Jawapan: Saya Ahmad yang merupakan graduan Ijazah Akauntansi dari Universiti Teknologi Malaysia. Saya juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu akauntan di Syarikat ABC selama 3 bulan selepas bergraduan. Berdasarkan pengalaman yang saya perolehi, saya ingin menjadi seorang Akauntan yang mempunyai pelbagai kebolehan serta memimpin rakan pekerja yang lain untuk melakukan semua kerja yang diberikan mengikut tarikh yang diberikan.

Keyword: Cerita tentang kelulusan pendidikan, pengalaman dan perancangan karier anda.

2. Apakah kelemahan yang ada pada anda?

Jawapan: Saya mempunyai kelemahan untuk bercakap dihadapan orang ramai. Tetapi saya sentiasa berusaha dengan mengikuti Kursus Pengucapan Awam yang terdapat diluar sana. Malah saya meningkatkan penguasaan bahasa dalam bahasa Inggeris dan Mandarin kerana kedua-dua bahasa ini sangat penting untuk pembinaan karier pada masa kini.

Keyword: Ceritakan kelemahan, cara atasi kelemahan dan pencapaian (jika ada)

3. Anda ada apa-apa soalan untuk ditanya?

Jawapan: Ya ada, Tuan. Saya ingin mengetahui mengenai penempatan iaitu unit di syarikat Tuan sekiranya saya diterima kerja. Saya juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut skop kerja yang ditawarkan untuk mendapatkan gambaran situasi sebenar daripada pihak Tuan sebelum saya memulakan kerja disini.

Keyword: Tanyakan mengenai bidang jawatan yang dipohon dengan lebih terperinci.

Jadi, anda dah dapat sesuatu dengan perkongsian ini?

Ingat, buat penambahbaikan untuk menjawab soalan-soalan mudah yang diberikan oleh penemuduga kalau anda rasa nak dapatkan jawatan yang dipohon.

Semoga anda semua berjaya dalam temuduga masing-masing ya!

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.