Resume Korang ATS Friendly Atau Tak? Macam Mana Nak Check?

Kalau anda buat permohonan kerja secara online melalui sistem, pastikan resume anda ATS friendly tau!

Kalau tak, layak macam mana pun anda mendapat jawatan tersebut, kalau resume anda tidak ATS friendly, jawapan yang bakal anda dapat sudah pastinya amat mengecewakan.

Macam mana nak check dan tahu resume anda tu ATS friendly atau tidak? Ini cara nak check kalau anda semua nak tahu.

APA ITU APPLICANT TRACKING SYSTEM (ATS)?

Nak tahu tak apa itu ATS? ATS adalah:

  • Perisian yang digunapakai oleh majikan atau agensi bagi memudahkan proses pengambilan kerja tanpa perlu melakukannya secara manual.
  • ATS juga digunakan untuk mengumpul, mengimbas dan menyusun permohonan kerja mengikut turutan kelayakan pemohon.

Ia berfungsi dengan:

  • Mengimbas kata kunci dalam resume pemohon dan memadankan dengan kata kunci yang telah diprogramkan untuk menentukan kelayakan pemohon.
  • ATS akan menyingkir pemohon yang kurang atau tidak layak bagi membantu majikan atau agensi memberikan tumpuan yang lebih kepada pemohon yang benar-benar layak dengan jawatan yang ditawarkan serta menjimatkan masa dalam proses pengambilan pekerja.

Baca juga: Boleh Atau Tak Letak CGPA Dalam Resume? Kalau Boleh Letak, Apakah Caranya?

5 SEBAB UTAMA RESUME DISINGKIRKAN ATS

Terdapat 5 sebab utama resume disingkirkan iaitu:

  1. Menggunakan template resume yang tidak sesuai seperti terlalu banyak imej, ikon, carta dan grafik.
  2. Maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon diletakkan pada header atau footer dalam dokumen Microsoft Word.
  3. Tiada kata kunci yang spesifik seperti yang diprogramkan oleh majikan.
  4. Menggunakan singkatan seperti BSc. Hons bagi Bachelor of Science Honours.
  5. Menggunakan format fail yang tidak bersesuaian dengan ATS seperti PDF.

CARA NAK CHECK RESUME ATS FRIENDLY ATAU TAK

Untuk buat semakan sama ada resume anda ATS friendly atau tak, anda boleh buat semakan di:

Resume Korang ATS Friendly Atau Tak? Macam Mana Nak Check?

  • Seterusnya klik CHECK YOUR RESUME dan muat naik resume anda.

Resume Korang ATS Friendly Atau Tak? Macam Mana Nak Check?

  • Akhir sekali klik GET REPORT untuk dapatkan score resume anda.
  • Score resume anda akan dipaparkan.

Resume Korang ATS Friendly Atau Tak? Macam Mana Nak Check?

Kalau score yang anda dapat kurang memuaskan, buat penambahbaikan dan update resume anda kalau anda betul-betul nak dapatkan kerja yang diidamkan.

Selamat mencuba!

Baca juga: Maklumat Apa Nak Letak Pada Muka Depan Resume Fresh Graduate & Pekerja Berpengalaman?

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.