3 Perkara Mengapa Korang Tak Dapat Kerja. Check Semula & Perbaiki Diri Untuk Temuduga Yang Akan Datang
Dah cuba macam-macam cara untuk dapatkan pekerjaan tetapi belum juga rezeki untuk dapatkan kerja yang dipohon.
Mengapa benda ini berlaku?
Kalau anda nak tahu, terdapat 3 perkara yang menyebabkan anda tak dapat kerja dan sudah pasti anda sendiri pun tak sedar mengapa ia boleh berlaku. Nak tahu tak apa 3 perkara tersebut?
SUSAH NAK DAPAT KERJA
Isi Kandungan
Jika nak diikutkan, pada masa kini bukanlah sukar untuk dapatkan apa-apa sahaja pekerjaan.
Cuma ada sebilangan orang yang memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan sehingga tidak mahu mencuba pekerjaan diluar bidang untuk dapatkan pengalaman buat pertama kali.
Kalau anda rasa susah sangat nak dapatkan kerja, apa kata daftar dengan MyFutureJobs, SPA9 dan MySPP untuk dapatkan pekerjaan yang anda minati.
Tak pun, anda boleh je search macam-macam jenis jawatan di laman web ni:
3 PERKARA MENGAPA ANDA TAK DAPAT KERJA
Nak tahu tak mengapa anda tak dapat kerja walaupun sebelum dan selepas PKP?
3 perkara yang menyebabkan anda tak dapat kerja adalah:
1. Tidak Matching
- Contoh tidak matching disini adalah seperti berikut: Syarikat ABC memerlukan calon pakar dalam bidang A, tetapi calon mempunyai kepakaran dalam bidang B. Jadi, syarikat memilih calon lain yang mempunyai kepakaran yang mereka mahukan.
- Ini tidak bermakna anda tidak ada skill. Sebaliknya anda cuma tidak berjaya tunjukkan anda mempunyai skill yang syarikat mahukan. Itu adalah isu utama menyebabkan anda tidak berjaya dapat kerja yang dipohon.
- Selepas ini anda kena faham apa yang syarikat mahukan dan matchingkan dengan kelayakan serta skill yang ada pada korang.
2. Tidak Visible
- Jadikan diri anda seorang calon yang visible dengan mempromosikan diri secara online di LinkedIn, Blog, Website dan sebagainya.
- Kemungkinan besar HR dan bakal majikan membuat review tentang diri anda secara online untuk kenal siapa anda, kemahiran, kelebihan, kelayakan dan taraf pendidikan anda.
- Jadi, anda perlu aktif dengan menunjukkan kemahiran anda secara online melalui laman web yang dinyatakan tadi terutamanya di LinkedIn kerana ia merupakan satu tempat yang sering menjadi rujukan majikan dan pencari kerja.
3. Hantar Permohonan Tidak Profesional
- Jangan anda fikir belajar pandai, ada macam-macam kemahiran anda akan terus dipanggil temuduga seterusnya menjadi calon pilihan majikan sekiranya menghantar pemohonan dengan cara yang tidak profesional.
- Kalau mohon kerja melalui emel, pastikan anda membuat permohonan dengan profesional sekali seperti berikut:a) Sertakan bersama cover letter
b) Resume dalam bentuk pdf yang terkini dan berkaitan dengen jawatan yang dipohon
c) Salinan sijil secara pdf - Pastikan alamat emel mempunyai nama yang profesional, ayat yang digunakan adalah formal dan ia menunjukkan siapa diri anda dimata bakal majikan.
Anda dah dapat sesuatu disini? Adakah anda akan membuat penambahbaikan seterusnya upgrade diri anda untuk mendapat kerja yang lebih baik?
Malah, anda boleh update pengalaman kerja dengan memasukkan maklumat yang menarik perhatian majikan ke dalam resume anda.
Kalau anda nak hantar permohonan kerja melalui emel, boleh rujuk pautan ini:
Semoga anda semua berjaya dalam permohonan kerja seterusnya berjaya dalam temuduga nanti!
Jangan lupa, share info berguna ini dengan rakan-rakan yang lain tau!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.