Pelancong dari luar negara atau antarabangsa sudah boleh melancong ke Pulau Langkawi mulai 15 November 2021.
Namun, para pelancong perlu mematuhi 3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Apakah 3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi yang telah ditetapkan? Anda boleh dapatkan 3 SOP tersebut disini sebagai rujukan.
TARIKH PERMULAAN GELEMBUNG PELANCONGAN ANTARABANGSA (INBOUND) PROJEK RINTIS
Isi Kandungan
Pelancong antarabangsa boleh melancong ke Pulau Langkawi mula tarikh berikut:
- 15 November 2021
3 SOP GELEMBUNG PELANCONGAN ANTARABANGSA (INBOUND) PROJEK RINTIS
3 SOP Gelembung Pelancongan Antarabangsa (Inbound) Projek Rintis Pulau Langkawi adalah mengikut kategori berikut:
- Pra Perlepasan
- Ketibaan dan Penginapan
- Pra Pelepasan Pulang Ke Negara Asal
Perincian SOP bagi setiap kategori pula adalah seperti berikut:
1. Pra Perlepasan
Kumpulan Sasaran
- Pelancong berkualiti (high yield)
- Individu yang telah lengkap divaksin lengkap manakala anak dibawah umur 18 tahun wajib hadir bersama-sama ibu bapa/penjaga masing-masing yang telah divaksin lengkap
- Senarai negara yang dibenarkan tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)/Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Kementerian Luar Negeri (KLN)
Tempoh Tinggal
- Sekurang-kurangnya 3 hari
- Tiada syarat kuarantin dikenakan (terpakai untuk Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi sahaja)
Ujian PCR-RT Covid-19
- 72 jam sebelum berlepas
- Wajib dalam bentuk digital/cetakan
Khidmat Pelancongan
- Wajib (pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC)
Pasport & Visa Health Declaration Form LoU dan Indemnity
- Wajib oleh semua pelancong
Aplikasi MySejahtera
- Muat naik dan mendaftar sebelum berlepas
Insuran
- Minimum US$80,000
2. Ketibaan dan Penginapan
Melalui KLIA
- Rapid Molecular Testing (1 jam 30 minit)
- Atau terus ke Pulau Langkawi (wajib ujian RT-PCR Covid-19 pada hari kedua)
- Sekiranya positif, pelancong akan terus dibawa ke pusat pengasingan/Kuarantin/hospital swasta (mengikut kategori)
Pemandu Pelancong
- 1 TG dalam satu kumpulan lawatan (maksimum 20 orang)
Ujian PCR-RT Covid-19
- Sekiranya melancong selama 3 hari, ujian saringan pada hari kedua memadai (boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal)
- Sekiranya melancong lebih 5 hari, wajib melakukan ujian saringan pada hari kelima
- Semua kos ditanggung sendiri oleh pelancong
3. Pra Pelepasan Pulang Ke Negara Asal
Ujian PCR-RT Covid-19
- 72 jam sebelum berlepas
- Sekiranya melancong selama 3 hari, ujian saringan pada hari kedua boleh digunakan untuk berlepas pulang ke negara asal
Projek Rintis
- Akan dijalankan selama 3 bulan bagi KKM dan MKN menilai keberkesanannya sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain.
“Penilaian akan dilakukan bagi projek rintis tersebut selama tiga bulan, sebelum dilaksanakan di pulau-pulau peranginan serta kawasan pelancongan yang lain.”
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Baca juga: Tak Perlu Buat Ujian Pengesanan Covid-19 Kalau Nak Ke Langkawi
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.