Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Pergi Melancong, Kan? 7 Tips Berkesan Dapatkan Tiket Flight Murah

1,464

Inilah masanya untuk dapatkan tiket flight murah untuk pergi melancong ke luar negeri atau ke luar negara.

Maklumlah, semua orang dah boleh merentas negeri asalkan ikut semua SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kalau nak booking tiket flight yang murah-murah tu, bolehlah ikuti 6 tips yang dikongsikan ini dan jangan lupa, ikut SOP ya!

CETAK SIJIL VAKSIN MYSEJAHTERA

Bagi anda yang ingin melancong ke luar negeri atau ke luar negara dan menggunakan perkhidmatan kapal terbang, mungkin syarikat penerbangan meminta anda untuk mencetak Sijil vaksin MySejahtera sebagai dokumen sokongan yang menunjukkan bahawa anda telah lengkap 2 dos vaksin seperti yang ditetapkan.

Bagaimanakah caranya untuk mencetak Sijil Vaksin MySejahtera daripada telefon bimbit sebagai dokumen sokongan yang diperlukan?

Untuk dapatkan caranya, klik pautan dibawah dan cetak Sijil Vaksin MySejahtera anda dengan mudah sekali.

Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera Untuk Perjalanan Rentas Negeri & Ke Luar Negara

7 TIPS BERKESAN DAPATKAN TIKET FLIGHT MURAH

Nak dapatkan tiket flight murah untuk pergi melancong?

Ini 7 tips berkesan yang boleh anda amalkan agar anda semua mendapat tiket flight murah untuk pergi melancong.

1. Tempoh Booking Tiket 

  • Jangan booking tiket flight last minute tau! Nanti harga yang terpapar memang terkeluar daripada bajet anda.
  • Booking tiket 6-12 bulan lebih awal atau paling lewat kurang daripada 1 bulan. Mesti dapat tiket paling murah punya!

2. Hari Booking

  • Tahu tak, ada hari yang menunjukkan harga tiket sangat murah berbanding hari yang lain?
  • Untuk dapatkan tiket flight yang murah, buat tempahan tiket penerbangan anda semua pada hari berikut: Isnin, Selasa atau Rabu.
  • Ada yang pernah ikut tips ini dan memang benar, harga tiket memang murah berbanding hari yang lain.

3. Best Deal

  • Kadangkala anda akan menerima emel daripada syarikat penerbangan yang mengiklankan atau mempelawa anda untuk dapatkan tiket pada promosi “Best Deal”.
  • Dapatkan tiket “Best Deal” ini untuk penerbangan antarabangsa dan kadangkala harga tiket murah sehingga 40% murah berbanding harga tiket yang asal.
  • Malah, penerbangan dalam negeri atau ke Sarawak dan Sabah pun ada “Best Deal” juga tau! Rajin-rajin tengok aplikasi penerbangan atau laman web mereka ya!

4. Follow Media Sosial 

  • Buat apa pulak follow media sosial syarikat penerbangan? Kalau nak tahu, kadangkala promosi tiket murah dan sebarang info mengenai harga tiket flight yang murah akan dimaklumkan melalui media sosial syarikat penerbangan tersebut. Tak salah kan, malah dapat pelbagai info pulak tu.
  • Melalui media sosial juga akan dipaparkan maklumat seperti tarikh penerbangan dengan harga selepas diskaun mengikut lokasi penerbangan.

5. Cookies

  • Kenapa perlu clearkan cookies pada browser kalau nak dapatkan tiket flight yang murah?
  • Sebolehnya clearkan cookies pada browser 30 hari lebih awal. Mengapa? Kerana sistem tempahan syarikat penerbangan akan menganggap anda dah tengok website mereka beruang-ulang kali pula.
  • Ia juga menyebabkan sistem tempahan berikan harga tiket yang lebih tinggi  pada anda kalau anda tak clearkan cookies pada browser.

6. Perbandingan Harga

  • Anda semua boleh buat perbandingan harga tiket melalui website-website yang lain dan jangan tertumpu pada satu website sahaja.
  • Kemungkinan besar anda akan jumpa tiket flight yang lebih murah tau!
  • Website lain yang anda boleh search untuk dapatkan tiket flight yang murah ialah: Skyscanner, CheapFlight, Momondo, Kayak, Google Flight dan Ita Software.

7. One-Way Ticket

  • Anda boleh sahaja gunakan trick ini iaitu dengan belikan tiket secara one-way ticket sahaja.
  • Memang syarikat penerbangan akan buat offer untuk beli tiket penerbangan pergi dan balik, namun harganya akan menjadi mahal semula.
  • Jadi, beli tiket untuk pergi dan balik secara berasingan untuk dapatkan tiket flight yang murah.

Selepas ni boleh dah try untuk dapatkan tiket flight yang murah dan kongsikan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang lain tau!

Selamat bercuti ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...