Cara Mohon Johor Upskilling & Johor Reskilling, Latihan Asas IR 4.0 Online, Percuma Untuk Lepasan Graduan!

Lepasan graduan yang masih lagi menganggur dan golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ditawarkan latihan kemahiran secara percuma melalui Johor Upskilling dan Johor Reskilling 2021.

Para lepasan graduan dan golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 akan mengikuti Latihan Asas IR 4.0 secara online sahaja dari tempat tinggal masing-masing.

Bilakah Latihan Asas IR 4.0 Online bermula dan bagaimana pula nak mohon jika berminat?

INFO RINGKAS JOHOR UPSKILLING & JOHOR RESKILLING 2021, LATIHAN ASAS IR 4.0 ONLINE

Kalau anda semua nak tahu, Latihan Asas IR 4.0 Online ini adalah merupakan anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Unit Strategik Modal Insan Johor yang menyasarkan lepasan graduan yang masih menggangur dan golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Ia akan diadakan seperti tarikh dan masa berikut:

  • Tarikh: 12 hingga 14 November 2021 & 19 hingga 21 November 2021
  • Masa: 6 petang sehingga 10 malam
  • Kaedah: Aplikasi Zoom

GOLONGAN SASARAN

Mengikut Unit Strategik Modal Insan Johor, golongan sasaran yang ditawarkan untuk mengikuti Latihan Asas IR 4.0 Online ialah:

  • Lepasan graduan yang masih menggangur
  • Golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19
  • Lepasan sekolah

Tak perlu bayar apa-apa kerana latihan ini adalah PERCUMA!

TERMA & SYARAT PERMOHONAN

Pastikan anda mengikuti terma dan syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Peserta mesti menyelesaikan kursus latihan ini selama 6 hari seperti yang dijadualkan.
  • Latihan dalam talian selama 4 jam sehari.
  • Sekiranya anda ingin menarik diri, sila maklumkan kepada kami sebelum kursus latihan 3 hari dijalankan.
  • Peserta akan diberi ujian dalam talian pada IR 4.0 selama 1 jam pada hari terakhir kursus.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

  • https://docs.google.com/forms/
  • Masukkan maklumat diri, kategori permohonan, pendidikan seterusnya lain-lain maklumat yang diperlukan.
  • Klik NEXT untuk mengisi borang yang seterusnya.
  • Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar permohonan.

Atau anda boleh sahaja membuat permohonan dengan membuat imbasan QR Kod pada poster dibawah:

Cara Mohon Johor Upskilling & Johor Reskilling, Latihan Asas IR 4.0 Online, Percuma Untuk Lepasan Graduan!

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Jumlah Biaya Sehingga RM10,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Latihan Asas IR 4.0 Online melalui Johor Upskilling dan Johor Reskilling 2021 sila hubungi melalui emel di alamat berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.