Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Jumlah Biaya Sehingga RM10,000

1,405

Untuk pengetahuan para usahawan semua, TEKUN Nasional telah meneruskan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur dengan siri yang seterusnya iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0.

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur ini sangat membantu usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan motorsikal dengan memberikan modal dalam pelbagai bentuk sehingga RM10,000 jika layak.

Bagi usahawan yang masih lagi belum membuat permohonan, boleh semak syarat kelayakan seterusya membuat permohonan dengan segera.

Baca juga: Platform Pasaran Secara Online Warongku Bantu Golongan Penjaja & Usahawan Kecil. Jom Daftar Sekarang

INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR

Pembiayaan Modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran menggunakan motosikal. Program ini merupakan salah satu initiatif Kerajaan melalui TEKUN Nasional untuk memberi peluang menjana pendapatan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan Covid-19 serta arahan PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini bermula pada bulan April 2020.

JENIS PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN

Terdapat 3 jenis pembiayaan yang disediakan melalui Skim TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah:

  • Pembelian motorsikal
  • Baik pulih motorsikal
  • Modal pusingan

Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Jumlah Biaya Sehingga RM10,000

JUMLAH PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Jumlah pembiayaan yang diperuntukkan kepada setiap usahawan yang layak adalah berjumlah sebanyak:

  • RM1,000 sehingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan dengan tempoh pembiayaan balik sehingga 3 tahun.

Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Jumlah Biaya Sehingga RM10,000

SYARAT PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Syarat kelayakan permohonan untuk Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India).
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT).
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Cara Mohon Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0. Jumlah Biaya Sehingga RM10,000

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang permohonan pembiayaan (JPP02 dan JPP17).
  • Gambar pemohon ukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang.
  • Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah.
  • Sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal.
  • Salinan geran motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Salinan cukai jalan motosikal yang sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal): Bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing.
  • Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
  • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon).
  • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Untuk membuat permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0, anda hanya perlu:

  • Hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...